Skip to main content

Konvokesyen.. tazkirah untuk hati..


Konvokesyen.. Hari yang penuh bersejarah bagi segelintir orang.. kegembiraan dan kebanggaan jelas terbayang pada wajah bonda dan ayah.. " Anakku telah berjaya.." detik hati mereka..

Menjadi urusetia konvokesyen agak memenatkan.. namun, disebalik konvokesyen itu, hati mentazkirahkan sesuatu.. bagaimana 'konvokesyen' di akhirat kelak.. Jika ketika konvokesyen kini, kita menerima 'scroll' PhD, Master, Ijazah atau Diploma dengan kedua-dua tangan dan wajah yang tersenyum bangga... bagaimana keadaan kita diakhirat kelak ketika menerima buku amalan? adakah dengan tangan kanan atau tangan kiri? Tersenyum kah? Menangis kah?

Hati sungguh berdebar berbaur gembira jika kita diumumkan graduan kelas pertama.. terasa penat lelah belajar selama ini berbayar.. bangganya saya!.. gembiranya ayah bonda.. syukur dipanjatkan kehadrat ilahi.. namun hati kita menangis.. di akhirat kelak, cukup layakkah kita untuk berada pada 'first class' untuk syurga atau paling tidak ' last class'? atau sebaliknya? Na’uzubillah…Hanya Allah Maha Mengetahui..

Itulah ganjaran didunia.. man jadda wa jada.. siapa berusaha dia akan dapat hasilnya.. ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, bagaimana pula usaha kita untuk akhirat?

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman: 8).

Kenikmatan syurga itu jauh lebih nikmat daripada apa-apa nikmat yang kita kecapi didunia ini.. dan kejayaan yang sebenar apabila kita mati adalah mendapat keredhaan dari Allah SWT..
.

Comments

  1. menghindarkan hati dari melawan nafsu dan syaitan amat payah..tapi kita perlu terus berusaha melawannya, kelak nikmat syurga ganjaranNya..."ya Allah, bagaimana nasibku kelak...gerun aku memikirkannya...graduan 1st class atau sebaliknya.."

    ReplyDelete
  2. masa konvo,pointer yang menjadi perhatian...
    tp,di akhirat nanti hanya taqwa yang Allah lihat..
    taqwa,sebaik-baik bekalan untuk kita bertemu Allah nanti..
    sama-sama kita bentuk peribadi dengan ketaqwaan kepada Allah swt..

    ReplyDelete
  3. Salam! Nak berkongi juga!..

    Jom berusaha menjadi hamba Allah yg terbaik, yg berjaya mencintai dan dicintaiNya supaya 1 hari nanti di akhirat kelak Rasulullah yg tercinta berkata, "Aku bangga punyai umat sepertimu"..

    Isn't that the sweetest thing we could ever dreamed of??.. (^_^)

    BUT, dreams without hard working are just empty, useless dreams..
    Naudzubillah..

    Ana yg masih blaja, bru nak berpijak d bumi IPT ni, terpikir juge.. Kejayaan di dunia ni menggambarkan kejayaan di akhirat juge ke ye?

    Anyway, Thanx ya ukhti! Barakallahu fik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Hai Just leave your message

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...