Posts

Showing posts from July, 2009

Hantu yang takut..

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Minggu terakhir..dan esok adalah hari yang terakhir..terlalu banyak makna pada patah perkataan ini.. satu, ku harapkan beberapa buah penantian akan berakhir.. inshaAllah.. berdoa pada Allah agar semuanya benar2 belaka..bukan janji2 kosong..letih betul bah menunggu ni.. dalam keletihan menunggu hati tercuit dengan satu karangan yang ku beri tajuk, hantu yang ketakutan.. benarkah hantu itu takut? inilah yang akan berlaku dan telah berlaku, jika kita selalu menakutkan kanak-kanak kecil dengan perkataan hantu, dan menyebabkan mereka menjadi takut kepada 'hantu'..ini dikatakan 'negative reinforcement'.. kita sebagai orang yang lebih dewasa sepatutnya menggunakan 'positive reinforcement' dalam mendidik anak-anak/ adik-adik. sentiasa berkata baik supaya dapat membentuk pemikiran dan perbuatan yang positif. Didiklah mereka takut kepada Allah yang Maha Pencipta kerana perasaan takut kepada Allah mampu melahirkan i

Teman Baru

Dengan nama Allah yang Rahman dan Rahim , saya diberi nafas untuk menulis.. Alhamdulillah..dah lama rasanya tidak menulis disini..menulis buku persediaan mengajar tidak sama dengan menulis disini..menulis laporan practicum juga tidak sama menulis disini..sebab tu agaknya ramai orang suka menulis di blog.. kerana disini kita berkongsi sesuatu yang lain daripada pekerjaan sehari hari.. Kini saya punya teman baru..hadiah dari suami tercinta..sebuah buku bertajuk Fadhilat Amal. sudah lama ingin membeli buku ini, tapi tiap kali mahu membeli, Allah izin tidak dapat membeli.. ingat lagi ketika bersama seorang teman mencari barangan hantaran pertunangan, terdetik dihati ini untuk membeli sebuah buku yang sememangnya saya sendiri nak baca..iaitu buku Fadhilat Amal.. dengan izin Allah, buku yang ada dah terlalu lusuh dan seperti sahabat saya kata dah tdk sesuai dijadikan hantaran. sekurang-kurangya kita cari yang boleh dijadikan hantaran dan dapat dibaca. niat dihati ditangguhkan sehingga jumpa