Teman Baru

Dengan nama Allah yang Rahman dan Rahim, saya diberi nafas untuk menulis..

Alhamdulillah..dah lama rasanya tidak menulis disini..menulis buku persediaan mengajar tidak sama dengan menulis disini..menulis laporan practicum juga tidak sama menulis disini..sebab tu agaknya ramai orang suka menulis di blog.. kerana disini kita berkongsi sesuatu yang lain daripada pekerjaan sehari hari..

Kini saya punya teman baru..hadiah dari suami tercinta..sebuah buku bertajuk Fadhilat Amal. sudah lama ingin membeli buku ini, tapi tiap kali mahu membeli, Allah izin tidak dapat membeli.. ingat lagi ketika bersama seorang teman mencari barangan hantaran pertunangan, terdetik dihati ini untuk membeli sebuah buku yang sememangnya saya sendiri nak baca..iaitu buku Fadhilat Amal.. dengan izin Allah, buku yang ada dah terlalu lusuh dan seperti sahabat saya kata dah tdk sesuai dijadikan hantaran. sekurang-kurangya kita cari yang boleh dijadikan hantaran dan dapat dibaca. niat dihati ditangguhkan sehingga jumpa kedai lain kelak.. dek terlalu mengajar hari untuk terbang kekampung hasrat dihati dah terlupa..

Maha Suci Allah yang menentukan segala sesuatu..Setelah 3 hari berkampung di Sepang, terubat rindu kat dia dengan kehadiran buku Fadhilat Amal ni..suka sgtlah..pas ni kalau duduk seorang kat rumah dah ada kerja baru..buku-buku hadiah teman2 pun dah habis baca.alhamdulillah..

inshaAllah..apa yang penting?bukanlah kerjasama semata-mata. tetapi apa yg kita baca, kita amalkan dan kita sampaikan.. semoga diri ini dan juga pembaca sekalian mampu menjadi hamba Nya yang taat, daie kerana kita adalah daie sebelum yang lain, menjadi isteri yang baik, anak yg taat kpd ibubapa, cikgu yang berdedikasi dan sahabat yang baik pada siapa dan apa jua..amin ya Rabb



Popular posts from this blog

6 pesanan untuk wanita

MUZAKAROH IMAN YAKIN

Hati dan Amal mu