Posts

Showing posts from March, 2009

Destinasi Cinta

Image
DESTINASI CINTA Menyingkap tirai hati Mengintai keampunan Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan Tiap jejak nan bertapak Debu kejahilan Akan ku jirus dengan madu keimanan Tak ternilai air mata dengan permata Yang bisa memadamkan api neraka Andai benar mengalir dari nasuha nurani Tak kan berpaling pada palsu duniawi Destinasi cinta yang ku cari Sebenarnya terlalu hampir Hanya kabur kerana dosa di dalam hati Telah ku redah daerah cinta Yang lahir dari wadah yang alpa Tiada tenang ku temui Hanya kecewa menyelubungi C/O Ku gelintar segenap maya Dambakan sebutir hakikat Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu Namun ranjaunya tidak akan sunyi Selagi denyut nadi belum berhenti Durjana syaitan kan cuba menodai Segumpal darah bernama hati (Destinasi cinta Ilahi) Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku Leraikan aku dari pautan nafsu Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu Namu

KISAH PENGEMBALA KIBAS

Image
Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam. Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya. Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk mengga

Peristiwa di Gaza..

Image
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza: Peristiwa 1 Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar! Peristiwa 2 Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh T

Mengapa biar hati kita terjihab??

Image
Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan amalan kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kamu".. kerna itu.. hendaklah kita menyatakan ucapan dengan amalan, meyakinkan amalan dengan niat dan keihklasan, memberatkan niat dan keikhlasan dengan membersihkan hati dan meluruskannya, kerana hal ini adalah asas dan sumber segala perkara.. Hati..harus kita perhatikan dengan serius..Sabda Rasulullah.. " Sesungguhnya hati itu lebih cepat berubah daripada makanan yang sedang mendidih dalam periuk" ...oleh itu selalu lah berdoa agar hati kita tidak berubah-ubah seperti doanya Rasulullah s.a.w : " Wahai (Tuhan) yang mengubahkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu" dan selalulah berdoa..: " Wahai Tuhan Kami! Jangan lah Engkau sesatkan hati kami, sesudah Engkau tunjuki kami ke jalan yang benar dan berilah kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau amat suka memberi.." (Ali Imran 3: 8) Janganlah sampai hati kita te

Sudahkah kita khusyuk didalam sembahyang??

Ketahuilah semoga Allah menambahkan kepada kita pengetahuan agama dan memimpin kita dari segala kejahatan diri dan kemahuan hawa nafsu sesungguhnya sembahyang itu adalah tiang agama dan asas Islam yang terpenting dari lima sesudah mengucap kalimah syahadat. kedudukannya pada sisi agama seperti pada sisi tubuh. Jika manusia tidak boleh hidup tanpa kepala, begitu jua agama tidak sempurna tanpa adanya sembahyang..demikian maksud sebuah hadis. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:238 yang bermaksud " Peliharalah semua sembahyangmu, dan peliharalah solat wustha. (Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk" adapun solat wustha, sebagaimana ditunjukkan oleh sebuah hadis sahih, ialah solat Asar. Allah s.w.t telah menyebutkan solat ini kerana kelebihan dan keutamaannya. sebab turunnya keringanan pada solat Khauf.( solat ketika dalam bahaya). Kisahnya begini, ketika kaum Muslimin sedang giat berjuang bersama Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan, Rasulullah s.a.w telah menun

Jawapan kepada persoalan: Hukum Persandingan..

Image
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan salam perjuangan..alhamdulillah, dikurniakan sedikit kelapangan untuk berkongsi ilmu bersama sahabat-sahabat sekalian..ketika meraih ilmu untuk persediaan duniawi dan ukhrawi, akhirnya kutemui jawapan kepada persoalan lalu.. Hukum-hukum Islam berkaitan persandingan.. 1.Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: “ Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan” dan Surah Yunus: 107 : “ Dan jika Allah menimpakan kemudaratan kepada kamu maka tiada yang menghilangkannya kecuali dia (Allah) dan jika dia hendak mendatangkan kebajikan kepadamu, maka tiada yang dapat menolak kurniaNya itu. Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” 2. Membaca Jampi mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu memba