Antara initipati kandungan buku Menjadi Wanita Bahagia..
"Tidak ada daya dan tidak ada upaya melainkan atas kehendak Allah"
"Esok akan merebak bau harum, maka sirnalah segala kesedihan dan berbahagialah hati dengan gelak tawa"
"Seorang wanita yang cerdik akan mengubah padang pasir menjadi taman yang indah"
"Jika penderitaan itu semakin menjadi, maka jalan keluar pasti akan datang. Sungguh malam hari mengizinkan hadirnya cahaya fajar"

-Motivasi untuk wanita-

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Firman Allah yang bermaksud:
"Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslimin dari dahulu dan (begitu pula) dalam Al Quran ini, supaya Rasul itu menjadi saksi keatas kamu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia"(Al-Hajj:78)

Apa ertinya saya menganut Islam??
Pertama, Saya mestilah Muslim di sudut Akidah
Kedua, Saya mestilah Muslim di sudut Ibadah
Ketiga, Saya mestilah Muslim di sudut Akhlak
Keempat, Saya mestilah Muslim di sudut Keluarga
Kelima, Saya dapat menguasai diri
Keenam, Saya mestilah yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam.

Isi kandungan buku ini amat menarik sekali..Terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama menerangkan sifat-sifat yang perlu ada dalam setiap diri Muslim. Bahagian Kedua menjelaskan kewajipan beramal untuk Islam dan kewajipan berada dalam gerakan Islamiah. Jika sahabat2ku punya sedikit kelebihan bolehlah membeli buku karangan Fathi Yakan ini, untuk dibaca dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian..

**Perbaiki Diri & Serulah orang lain**

Doa Pengantin Baru

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir

Ridho Allah telah diraih
Seusai usaha yang dijalani
Dengan niat untuk Ilahi
Ujian hdup dihadapi

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir
Berkah dari Allah senantiasa hadir
Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir
Selamat menempuh hidup baru

Saling sabar dan bermaafan
Bersahaja serta pengertian
Qur'an dan sunnah menjadi pedoman
Moga bahagia hingga ke syurga

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir
Berkah dari Allah senantiasa hadir
Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir
Selamat menempuh hidup baru

Album : Samudra Kasih Nasyid Penyejuk Hati
Munsyid : Tarbawi
http://liriknasyid.com