Posts

Showing posts from February, 2009

~Satu Penerbangan..Satu Destinasi~

Image
Assalamualaikum..alhamdulillah syukur ke hadratNYA..saya dapat juga meluangkan masa untuk menulis..Artikel “Satu Penerbangan” ini saya dapat daripada kawan saya semasa satu program mahasiswi..inshaAllah..sama-sama kita hayati.. Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah. Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita .Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton .Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American,tetapi Al-Islam. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi'Lailaillah&