Posts

Showing posts with the label Tazkirah diri

Stay Positive & Smile

I felt pain everyday but I smile. The only that I can do to feel better. Hari ini, buat sedikit study bagaimana utk cope dengan pain. Seperti dalam gambar di atas. Semua perkara2 itu memang X buat juga insha'Allah. Tapi yang point " Depression" tu ada sedikit lah. Ana manusia biasa X lari dari Depression. So, hanya ada 1 ubat saja utk perkara tersebut, iaitu Husnuzon dengan takdir. Semua Yang berlaku Allah telah tulis dalam Lauh Mahfuz Nya. Namun, ia juga boleh berubah dengan Doa. Bukankah Doa itu senjata bagi orang Mukmin? Allah telah berfirman, minta lah kepadaKu nescaya Aku perkenankan. Minta la apa saja. Ana hanya minta Allah ampunkan dosa2 ana, redhoilah kedua orang tua ana dan kasihi mereka spertimana mereka mengasihi diri ini. Alhamdulillah, hanya sedikit masa sakit jika dibandingkan nikmat sihat yang ALLAH telah berikan.

Konvokesyen.. tazkirah untuk hati..

Image
Konvokesyen.. Hari yang penuh bersejarah bagi segelintir orang.. kegembiraan dan kebanggaan jelas terbayang pada wajah bonda dan ayah.. " Anakku telah berjaya.." detik hati mereka.. Menjadi urusetia konvokesyen agak memenatkan.. namun, disebalik konvokesyen itu, hati mentazkirahkan sesuatu.. bagaimana 'konvokesyen' di akhirat kelak.. Jika ketika konvokesyen kini, kita menerima 'scroll' PhD, Master, Ijazah atau Diploma dengan kedua-dua tangan dan wajah yang tersenyum bangga... bagaimana keadaan kita diakhirat kelak ketika menerima buku amalan? adakah dengan tangan kanan atau tangan kiri? Tersenyum kah? Menangis kah? Hati sungguh berdebar berbaur gembira jika kita diumumkan graduan kelas pertama.. terasa penat lelah belajar selama ini berbayar.. bangganya saya!.. gembiranya ayah bonda.. syukur dipanjatkan kehadrat ilahi.. namun hati kita menangis.. di akhirat kelak, cukup layakkah kita untuk berada pada 'first class' untuk syurga atau paling tidak '...

Mengislahkan Diri

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang " Patutkah kamu meuyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri. Padahal kamu semua membaca kitab Allah. Tidakkah kamu berakal? (Surah al-Baqarah:44) Setiap daripada umat ini bertanggungjawab atas dua perkara secara berasingan. Pertama, amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-munkar (dakwah). Kedua, beramal dengan perkara yang didakwahkan. tuntutan sebenar ke atas setiap orang terhadap kerja dakwah adalah sebagaimana yang diterangkan dalam hadith riwayat Hazrat Anas ra. yang mafhumnya bahawa para sahabat bertanya kepada Nabi SAW "Wahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalan-amalan yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan dan kami tidak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi kesemuanya?" Maka Baginda SAW bersabda, "Bukan begitu, serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal de...

Janganlah mencari/ mengata kekurangan Orang lain..

Image
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Di majlis-majlis keramaian sering berlaku pengumpatan.. sukar untuk dinafikan.. terutama di majlis perkahwinan.. ada tetamu yang hadir datang membawa rahmat, ada yang datang menolak rahmat.. Misalnya, mereka dengan tidak sengaja atau sengaja mengatakan keburukan zahir pengantin seperti membedakan kecantikan pengantin itu dengan yang ini, mengatakan pengantin tidak berseri, mengata tentang makanan yang kurang special, dan macam-macam label lagi.. Ini berlaku kerana mereka kurang faham apa yang dimaksudkan dengan mengumpat… Bagaimana pula semasa berhari raya, sudahkah kita menjaga lidah kita? Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara...