About my Blog

Don't believe everything you see

17.10.09

Konvokesyen.. tazkirah untuk hati..


Konvokesyen.. Hari yang penuh bersejarah bagi segelintir orang.. kegembiraan dan kebanggaan jelas terbayang pada wajah bonda dan ayah.. " Anakku telah berjaya.." detik hati mereka..

Menjadi urusetia konvokesyen agak memenatkan.. namun, disebalik konvokesyen itu, hati mentazkirahkan sesuatu.. bagaimana 'konvokesyen' di akhirat kelak.. Jika ketika konvokesyen kini, kita menerima 'scroll' PhD, Master, Ijazah atau Diploma dengan kedua-dua tangan dan wajah yang tersenyum bangga... bagaimana keadaan kita diakhirat kelak ketika menerima buku amalan? adakah dengan tangan kanan atau tangan kiri? Tersenyum kah? Menangis kah?

Hati sungguh berdebar berbaur gembira jika kita diumumkan graduan kelas pertama.. terasa penat lelah belajar selama ini berbayar.. bangganya saya!.. gembiranya ayah bonda.. syukur dipanjatkan kehadrat ilahi.. namun hati kita menangis.. di akhirat kelak, cukup layakkah kita untuk berada pada 'first class' untuk syurga atau paling tidak ' last class'? atau sebaliknya? Na’uzubillah…Hanya Allah Maha Mengetahui..

Itulah ganjaran didunia.. man jadda wa jada.. siapa berusaha dia akan dapat hasilnya.. ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, bagaimana pula usaha kita untuk akhirat?

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman: 8).

Kenikmatan syurga itu jauh lebih nikmat daripada apa-apa nikmat yang kita kecapi didunia ini.. dan kejayaan yang sebenar apabila kita mati adalah mendapat keredhaan dari Allah SWT..
.