Posts

Showing posts from November, 2009

Adik, Kakak dan Tabligh

Image
Adik: Mengapa kebanyakan orang tidak suka pada Tabligh? Mereka juga mengatakan Tabligh itu serong dan bermacam-macam tomahan lagi.. Kakak: ‘Mereka’ itu siapa? Pasti ‘mereka’ itu orang yang cetek ilmunya atau hatinya penuh takbur.. cuba adik tanya ‘mereka’, apa usaha yang ‘mereka’ telah/sedang/ akan buat untuk menegakkan daulah atau menyebarkan islam? tanyakan juga kepada mereka apa khabar ‘iman’ mereka? Hingga sanggupnya mereka mencaci orang bergerak atas jalan Allah.. kita sebagai Muslim harus saling tolong menolong, bukan caci mencaci.. Kita harus faham siapa sebenarnya musuh kita.. adakah patut orang yang bergerak di atas jalan Allah dijadikan musuh? Adik: ‘Mereka’ juga bilang Tabligh itu menolak politik.. bolehkah begitu kakak? Kakak: Adik, dakwah itu bermacam strategi. Bergantung kepada kelompok kumpulan itu bagaimana mereka berusaha menyebarkan Islam itu. Kakak ini bukan lulusan sarjana agama bukan juga sarjana syariah, jesteru kalau ada jawaban yang kurang memuaska

Erti Kewujudan

Image
Tika angin menderu .. Ombak menerjah pantai.. Sang camar terbang bebas tinggi.. Aku tafakur sendiri.. Terasa kerdil diri ini.. Tika fajar menyinging Mega ungu beriring.. Embun membasahi pipi Aku menangis sendiri segala dosa ku kesali... Aku mendongak ke langit hanya.. langit biru tidak ku lihat Engkau.. Aku tunduk ke bumi Hanya rumput hijau Tidak ku lihat jua... Ku menginsafi diri yang fakir miskin hati bersarang keangkuhan keji lalu kupapahi diri Menuju redho Mu Ilahi Erti Kewujudan_Grup Apresiasi Seni

Di Balik Filem 2012

Image
Di awal pagi yang cerah, terkejut pula menerima satu email yang menceritakan Di sebalik Film 2012.. Sesuatu yang perlu ku kongsikan terutama nya pada pengemar2 Filem hollywood.. Semoga kita sentiasa menjaga aqidah kita.. jangan sampai apa yang anda tonton mengoyahkan aqidah anda terhadap saraf keimanan dalam Islam. Silakan Klik pada link di bawah, untuk mengetahui selanjutnya. Link: 2012

Dsisi Mujahid

Image
Disisi Mujahid ada Mujahidah.. Yang berjihad untuk Islam Yang menyerikan Islam dan tamannya Dengan peribadi solehah Mereka serikandi Istimewa sekali Mengabdikan diri Pada Allah dan suaminya.. Mujahidah Islam banyak peranannya Untuk membangunkan Islam Tangan mereka bakal menggoncang dunia Melalui didikkannya Ingatlah Mujahidah, Anakmu amanah Allah ikutlah syariatnya agar dirimu dalam keredhaan-Nya Didiklah mereka.. cara Islamiah Agar Insya Allah Mereka menjadi soleh dan solehah.. Islam kini memerlukan Mujahidah yang beriman, sabar, redha dan berdakwah Agar Islam yang dagang tegak kembali Bersama Mujahidah Sejati Mujahidah Sejati : Grup Apresiasi Seni

Perjuangan itu Ibadah..

Image
Sahabat, Perjuangan ibadah kita.. Hakikat insan dihidupkan Dimatikan bila tugas selesai Itulah janji Tuhan Sahabat, Apalagi yang tak pasti? Kebatilan pastinya akan runtuh Islam kan tertegak atas kebenaran Tegakkan keyakinan.. Sahabat, Apa lagi yang kau ragukan? Adalah Sunnah Rasulullah Yang sedikit akan pasti menang Dengan bantuan Allah.. Sahabat, Apa lagi yang kau sedihkan? Darjatmu tinggi disisi Tuhan Kiranya kau insan bertaqwa, Kiranya kau insan beriman.. Sahabat : Grup Apresiasi Seni

TAZKIYYATUNNAFS...

Image
Mendidik hati merupakan perkara yg paling penting didalam proses utk menjadi orang mukmin yang bertaqwa .Semua lapisan masyarakat tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut, sama ada golongan miskin, kaya, pemimpin rakyat ,tua atau muda. Tiga proses yg mesti ditempuhi ialah : 1. Takhalli ( Membersihkan diri dari segala sifat-sifat mazmumah ) 2. Tahalli (Menghiasi diri dari dengan segala sifat-sifat mahmudah 3. Tajalli (Merasai hasil dari mujahadah) Di antara kejernihan hati yg lahir di tgh tgh kehidupan orang yang memiliki hati yang jernih ialah: • Sepontan timbul rasa malu kepada Allah kerana terasa diawasi dan diperhati oleh Allah Ta’ala • Sepontan timbul rasa takut dan hebat kepada Allah kerana terasa berada di dalam kekuasaan Allah Ta’ala . terasa pada hatinya Allah boleh berbuat apa sahaja pada dirinya seperti miskin , sakit , mati dan seumpamanya . • Sepontan rasa berdosa dan menangis seorang diri ketika keseorangan kerana takut dosa dosany

InsyaAllah : Maher Zain..

Image
Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost That your so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can`t see which way to go Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Everytime you can make one more mistake You feel you can`t repent And that its way too late Your`re so confused,wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Turn to Allah He`s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don`t let me go astray You`re the only one that showed me the way, Showed me the way 2x Insya Allah3x Insya Allah we`ll find the way Lyrics from Ukhti Sakinah

Sudu

Image
Sudu di suatu ketika dahulu.. seperti kebiasaan, seusai majlis kenduri, segala pinggan, cawan dan sudu dicuci dan dilap untuk dirapikan semula didalam almari.. mak akan membilang bilangan kesemuanya.. samaada cukup atau tidak.. seperti biasa sudu@ senduk lah yang selalu x cukup.. kami memang hairan.. kemanalah pergi sudu sudu yang lain.. tapi bagi mak itu perkara biasa.. kata mak.. mak banyak anak perempuan.. jadi ibu ibu yang mengidam anak perempuan sukalah ambil sudu dari rumah kita ni.. ha? terlopong..kepercayaan apakah itu mak?bolehkah sudu memenuhi hajat? kok hanya dengan ambil sudu dari rumah orang lain yang punya ramai anak perempuan, bisa mengandung anak perempuan? mana bisa... bukankah yang mencukupkan segala sesuatu itu adalah Allah.. dan jika kita berhajat kepada sesuatu, berdoalah kepada Allah.. ..sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Mukminun Ayat 60.. Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menye

Kubur....

Image
Hanya Ingin Mengingatkan ... agar suatu masa kelak andai aku terlupa ada yang bisa mengingatkanku.. Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ... 1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.