Kerana Satu Bayan

Tersebut al kisah seorang adik dari Borneo datang menziarahi saudara lelakinya yang bekerja di Kuala Lumpur. Sepanjang sebulan berada dirumah saudaranya itu jejak juga kaki dia ke KLCC, Masjid Jamek, Cameron Highlands, Sunway Lagoon dan IPTA area KL.. Memandangkan saudaranya sibuk bekerja, tempat-tempat itu sahaja sempat untuk dijejaki.. Kasihan pula saudara lelakinya akan adiknya itu.. Ketika saudaranya bekerja, tafsir quran, fadhilat amal, buku2 ilmiah & utube lah menjadi peneman dirinya dirumah.. Seminggu sebelum kembali ke Borneo, mengambil cutilah saudaranya agar dapat membawa adiknya itu berjalan2 'makan angin' ke beberapa tempat lagi.. pada sebelah malamnya pula berjemaah lah mereka di masjid2 berhampiran (agenda tersirat). Lalu pada saat terakhirnya di KL, saya tanyakan apa yang berat sekali untuk ditinggalkan kat KL ni?? Jawapannya Masjid Al Amin, Seksyen 17..Shah Alam.. Ada apa kat masjid tu? saya bertanya lanjut.. Kat situ ada bayan Isya'.. sebelum ini abg ...