Teman Baru
Dengan nama Allah yang Rahman dan Rahim , saya diberi nafas untuk menulis.. Alhamdulillah..dah lama rasanya tidak menulis disini..menulis buku persediaan mengajar tidak sama dengan menulis disini..menulis laporan practicum juga tidak sama menulis disini..sebab tu agaknya ramai orang suka menulis di blog.. kerana disini kita berkongsi sesuatu yang lain daripada pekerjaan sehari hari.. Kini saya punya teman baru..hadiah dari suami tercinta..sebuah buku bertajuk Fadhilat Amal. sudah lama ingin membeli buku ini, tapi tiap kali mahu membeli, Allah izin tidak dapat membeli.. ingat lagi ketika bersama seorang teman mencari barangan hantaran pertunangan, terdetik dihati ini untuk membeli sebuah buku yang sememangnya saya sendiri nak baca..iaitu buku Fadhilat Amal.. dengan izin Allah, buku yang ada dah terlalu lusuh dan seperti sahabat saya kata dah tdk sesuai dijadikan hantaran. sekurang-kurangya kita cari yang boleh dijadikan hantaran dan dapat dibaca. niat dihati ditangguhkan sehingga jumpa ...