Assalamualaikum dan salam perjuangan.. seronoknya jika saya mempunyai seorang ‘sahabat baik’.. kemana-mana berteman, boleh sembang macam-macam..ada tempat mengadu kesedihan..ada tempat luahkan kemarahan.. walau saya tidak punya ‘sahabat baik’ saya punya sahabat-sahabat yang sentiasa membantu saya, belajar bersama-sama, bergurau bersama, makan bersama, saling menziarahi dan yang paling penting saya tahu mereka sentiasa mendoakan saya..walau ada yang jauh walau dekat.. ‘perjalanan kita masih jauh..halangan berliku akan kita tempuh, ingatlah kenangan semalam jadi azimat penguat semangat, menempuh masa hadapan, harapanku kau kan bahagia selalu..’ dan InshaAllah saya akan doakan mereka juga.. disini ada satu kisah dua orang sahabat baik..jom kita baca sama2..
Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.
“Wahai saudaraku, sesi...