Posts

Showing posts with the label Ibadah

~ Membersihkan Hati dengan Solah ~

Image
 Hadith Sahih mengenai solat Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"H.R.Attabrani Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"H.R.Attabrani Rasulullah s.a.w bersabda : "S...

Birrul walidain (berbakti kepada orang tua)

Image
Alhamdulillah, seronok dan terkesan sekali mendengar ceramah halal bi halal dari Ustaz Das'ad. Dalam ceramah yang singkat pelbagai topik beliau sampaikan. Antaranya ialah berbuat baik kepada orang tua (ibu bapa). Ingin saya kongsikan disini ceramah beliau namun keterbatasan ilmu dan juga ruang waktu membawa saya berkongsi melalui penulisan Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas. Di Antara Fadhilah (Keutamaan) Berbakti Kepada Kedua Orang Tua. Pertama Dari Abdullah bin Mas’ud katanya, “Aku bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang amal-amal yang paling utama dan dicintai Allah ? Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, Pertama shalat pada waktunya (dalam riwayat lain disebutkan shalat di awal waktunya). Kedua, berbakti kepada kedua orang tua, dan ketiga jihad di jalan Allah” [Hadits Riwayat Bukhari I/134, Muslim No.85, Fathul Baari 2/9] Dengan demikian jika ingin kebajikan harus didahulukan amal-amal yang paling utama di antaranya adalah birrul walidain (berbak...

1/3 Malam

Image
“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79) Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia, malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas daripada sebarang bentuk dosa. Walaupun dengan kedudukan sedemikian, Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya. Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga. Kisah in...

Mengapa biar hati kita terjihab??

Image
Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan amalan kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kamu".. kerna itu.. hendaklah kita menyatakan ucapan dengan amalan, meyakinkan amalan dengan niat dan keihklasan, memberatkan niat dan keikhlasan dengan membersihkan hati dan meluruskannya, kerana hal ini adalah asas dan sumber segala perkara.. Hati..harus kita perhatikan dengan serius..Sabda Rasulullah.. " Sesungguhnya hati itu lebih cepat berubah daripada makanan yang sedang mendidih dalam periuk" ...oleh itu selalu lah berdoa agar hati kita tidak berubah-ubah seperti doanya Rasulullah s.a.w : " Wahai (Tuhan) yang mengubahkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu" dan selalulah berdoa..: " Wahai Tuhan Kami! Jangan lah Engkau sesatkan hati kami, sesudah Engkau tunjuki kami ke jalan yang benar dan berilah kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau amat suka memberi.." (Ali Imran 3: 8) Janganlah sampai hati kita te...

Sudahkah kita khusyuk didalam sembahyang??

Ketahuilah semoga Allah menambahkan kepada kita pengetahuan agama dan memimpin kita dari segala kejahatan diri dan kemahuan hawa nafsu sesungguhnya sembahyang itu adalah tiang agama dan asas Islam yang terpenting dari lima sesudah mengucap kalimah syahadat. kedudukannya pada sisi agama seperti pada sisi tubuh. Jika manusia tidak boleh hidup tanpa kepala, begitu jua agama tidak sempurna tanpa adanya sembahyang..demikian maksud sebuah hadis. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:238 yang bermaksud " Peliharalah semua sembahyangmu, dan peliharalah solat wustha. (Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk" adapun solat wustha, sebagaimana ditunjukkan oleh sebuah hadis sahih, ialah solat Asar. Allah s.w.t telah menyebutkan solat ini kerana kelebihan dan keutamaannya. sebab turunnya keringanan pada solat Khauf.( solat ketika dalam bahaya). Kisahnya begini, ketika kaum Muslimin sedang giat berjuang bersama Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan, Rasulullah s.a.w telah menun...