Sudahkah kita khusyuk didalam sembahyang??
Ketahuilah semoga Allah menambahkan kepada kita pengetahuan agama dan memimpin kita dari segala kejahatan diri dan kemahuan hawa nafsu sesungguhnya sembahyang itu adalah tiang agama dan asas Islam yang terpenting dari lima sesudah mengucap kalimah syahadat. kedudukannya pada sisi agama seperti pada sisi tubuh. Jika manusia tidak boleh hidup tanpa kepala, begitu jua agama tidak sempurna tanpa adanya sembahyang..demikian maksud sebuah hadis.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:238 yang bermaksud
" Peliharalah semua sembahyangmu, dan peliharalah solat wustha. (Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk"
adapun solat wustha, sebagaimana ditunjukkan oleh sebuah hadis sahih, ialah solat Asar. Allah s.w.t telah menyebutkan solat ini kerana kelebihan dan keutamaannya. sebab turunnya keringanan pada solat Khauf.( solat ketika dalam bahaya).
Kisahnya begini, ketika kaum Muslimin sedang giat berjuang bersama Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan, Rasulullah s.a.w telah menunaikan sembahyang Zuhur bersama para pejuang seperti biasa, sedangkan kaum musyrikin berada dekat tempat itu sambil memerhatikan perbuatan kaum muslimin. apabila mereka telah selesai solat, berkata sebahagian kaum musyrikin "kita harus menyerang mereka, ketika mereka sedang sembahyang, nescaya mereka ini akan sembahyang lagi, suatu sembahyang yang lebih mereka utamakan daripada nenek moyang dan anak cucu mereka, iaitu sembahyang Asar. Pada masa itulah malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w membawa petunjuk tentang sembahyang khauf. Perhatikanlah, betapa besarnya kelebihan sembahyang Asar itu, sehingga dikenali kaum musyrikin.
Firman Allah didalam Surah Al-Mukminun :1-9 yang bermaksud..
" Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya....."
Sedikit perkongsian dipagi hari..
Cara-cara khusyuk dalam solat?? jom jenguk http://zamansbaru.blogspot.com/2009/03/khusyuk-dalam-solat.html
Sumber: Nasihat untuk orang Mukmin, Abdul Aziz Ismail, 1992.