Posts

Showing posts from January, 2010

Kasihmu Amanahku

Image
Pernikahan menyingkap tabir rahsia Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia Dan mengharapkan sebuah bahtera indah Untuk bersama belayar ke muara Pernikahan, menginsafkan kita Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan Susah mendatang tempuhi dengan tabah Isteri janji telah dipateri Diijab kabulkan dan dirahmati Detik pertemuan dan pernikahan Yang dihujani air mata kasih Demi syurga Ilahi C/o Suami jangan menagih setia Umpama Hajar dan setianya Zulaikha Terimalah seadanya yang terindah Di lubuk hatimu Isteri adalah amanah buatmu Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri Isteri hamparan dunia Suami langit penaungnya Isteri ladang tanaman Suamilah pemagarnya Isteri bagai kejora Suami menjadi purnama Tika isteri beri hempedu Suami tabah menelannya Tika suami terteguk racun Isteri carilah penawarnya Sungguh isteri rusuk yang rapuh Berhati-hatilah meluruskannya Senilagu: Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.) Senikata : Abai Os (H

Kerana Satu Bayan

Image
Tersebut al kisah seorang adik dari Borneo datang menziarahi saudara lelakinya yang bekerja di Kuala Lumpur. Sepanjang sebulan berada dirumah saudaranya itu jejak juga kaki dia ke KLCC, Masjid Jamek, Cameron Highlands, Sunway Lagoon dan IPTA area KL.. Memandangkan saudaranya sibuk bekerja, tempat-tempat itu sahaja sempat untuk dijejaki.. Kasihan pula saudara lelakinya akan adiknya itu.. Ketika saudaranya bekerja, tafsir quran, fadhilat amal, buku2 ilmiah & utube lah menjadi peneman dirinya dirumah.. Seminggu sebelum kembali ke Borneo, mengambil cutilah saudaranya agar dapat membawa adiknya itu berjalan2 'makan angin' ke beberapa tempat lagi.. pada sebelah malamnya pula berjemaah lah mereka di masjid2 berhampiran (agenda tersirat). Lalu pada saat terakhirnya di KL, saya tanyakan apa yang berat sekali untuk ditinggalkan kat KL ni?? Jawapannya Masjid Al Amin, Seksyen 17..Shah Alam.. Ada apa kat masjid tu? saya bertanya lanjut.. Kat situ ada bayan Isya'.. sebelum ini abg