Posts

Showing posts with the label Permaisuri Hatiku
" Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH" dengan izinNYA hamba menulis.. Wanita yang aku KASIHI Adalah pencinta Tuhannya Yang mengalirkan cinta, takut dan harap Yang menguasai perjalanan hidupnya Setiap masa Sehingga Dia memanggilnya Wanita yang aku RINDUI Adalah wanita yang diwajahnya Terpancar sinar nur Ilahi Lidahnya basah dengan zikrullah Disudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah Wanita yang aku CINTAI Yang menahan pandangan dari panahan syaitan Sentiasa menghidupkan sunnah nabi Biarpun namanya tidak terkenal di bumi Tetapi di langit, dia disanjung tinggi Wanita yang aku SAYANGI Bersyukur dengan apa yang ada Yang bersabar dengan apa yang tiada Cinta kepada hidup yang sederhana Yang tidak bermata dunia Wanita yang aku SUKAI Adalah sejuk mata memandang Dek terlihat keluhuran akhlaknya Menjadi sumber ketenangan jiwa Bila hati bergelora Wanita yang aku IDAMI Adalah yang mengingatkan hatiku Kepada Ar-Rahman Ar-Rahim ...

Perhiasan Duniawi..

Image
Wanita dalam naungan Islam tidak dinilai sebagaimana menurut kalangan lain-sebagai najis yang harus dijauhi. Tetapi Islam mengangkat wanita hingga ke puncak kemuliaan dan menilai pernikahan sebagai nikmat Allah atas para hambaNYA. Allah menjadikan kaum Adam dan Hawa saling memerlukan, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Sepertimana firman Allah didalam yang bermaksud: “…mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun pakaian bagi mereka…” (QS Al-Baqarah: 187) Kita seharusnya bersyukur dikurniakan pasangan penyedap dimata, penenang dihati. Diantara rasa syukur dalam nikmat ini adalah mencari pasangan yang memelihara agama dan hak-haknya serta menjaganya iaitu dengan mengikuti perintah-perintah Nabi SAW baik dalam memilih isteri mahupun suami. Nabi SAW bersabda: “ Wanita itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya; maka pilihlah wanita yang taat beragama, niscaya kamu beruntung” (HR Bukhari) “ ...