~ Madu Mangkuk dan Rambut ~

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu bakarr.a, Umar r.a, Uthman r.a dan Ali r.a bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Alir.a, isterinya Sayyidatina Fathimah r.ha. putri Rasullullah SAW menghidangkanuntuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu .

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemuasahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga bendatersebut.(mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut)

AbuBakar r.a berkata,”Iman itu lebih cantikdari mangkuk yang cantik, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, danmempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.”

Umarr.a berkata,”Kerajaan itu lebih cantikdari mangkuk yang cantik ini,seorang raja itu lebih manis dari madu, danmemerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

Uthmanr.a berkata,”Ilmu itu lebih cantik darimangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari maduini, beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih susah dari meniti sehelairambut.”

Alir.a,”Tamu itu lebih cantik dari mangkukyang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu ini, dan membuat tamusenang sampai kembali ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelairambut.”

Fathimahr.ha,”seorang wanita itu lebih cantikdari mangkuk yang cantik ini,wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu,mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnyalebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

Rasullullah SAW berkata,”Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik darimangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis darimadu,dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelairambut”.

Malaikat Jibrail as berkata,”Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik,menyerahkan diri,harta,dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, danmempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih susah dari meniti sehelairambut”.

AllahSWT berfirman,”Syurgaku itu lebih cantikdari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaku itu lebih manis dari madu, danjalan menuju ke syurgaku itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

~ Yakin pada Yang Maha Kuasa~



Abu Said ra. memberitakan daripada Nabi saw di mana baginda bersabda:
"(Pada suatu hari) Nabi Musa as. berdialog dengan Tuhan: "Wahai Tuhanku, ajarilah aku sesuatu yang dapat aku sebutkan Engkau dan aku dapat pula memohon pada Engkau, dengannya."

Nabi menyambung: "Tuhan menjawab: "Ucapkan La ilaha illallaah."

Nabi Musa as. menyambung: "Wahai Tuhanku, setiap orang hamba Engkau mengucapkan ucapan ini (sama dengan mereka)."

Allah SWT masih juga berfirman: "Ucapkan La ilaaha illallaah."

Nabi Musa as. menyambung sabda: "(Wahai Tuhanku) sungguhnya aku inginkan suatu ucapan yang di khususkan bagiku."

"Mendengar demikian Allah SWT pun menjawab: "Wahai Musa, seandainya langit langit yang tujuh dan bumi yang tujuh (lapis) diletakkan pada suatu daun neraca (timbangan) dan kalimah La ilaaha illallaah di letakkan pada suatu daun neraca, akan berat lagilah La ilaaha illallaah."

(HR An-Nasa'i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim: Shahih)

Dalam hadis lain Ibnu Abbas ra.meriwayatkan Baginda Saw bersabda: "Demi yang diriku ditanganNya, jika segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa yang ada diantaranya dan apa apa yang ada dibawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La ilaaha illallaah di sebelah yang lain maka dacing kalimah itulah lebih berat."


Menyebut kalimah La ilaaha illallaah juga adalah untuk memperbaharui iman kita setiap masa

Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

-source: Saudara sejati -

~ Ikhlas Niat kerana Allah SWT ~



Diriwayatkan bahawa pernah terjadi musim kemarau di kalangan Bani Israil. Masuklah seorang fakir di depan pintu seorang kaya seraya berkata, “Berilah sedekah kepadaku dengan sepotong roti untuk mencari redha Allah SWT.”
Puteri dari orang kaya itu keluar membawa roti yang masih hangat dan diberikannya kepada orang fakir itu. Lalu datanglah orang kaya yang celaka dan dipotongnya tangan puterinya.

Lalu Allah SWT merubah keadaannya dan menghilangkan semua hartanya. Jadilah dia fakir dan meninggal dalam keadaan hina. Sedang puterinya berkeliling dari pintu rumah ke pintu yang lain dengan meminta-minta. Dia seorang gadis yang cantik jelita.

Suatu hari gadis itu datang di depan pintu seorang lelaki kaya. Keluarlah ibu lelaki itu dan dia memandang puteri itu dan memperhatikan kecantikannya serta menyuruhnya masuk ke dalam rumahnya. Dia merasa tertarik dan ingin mengahwinkan dengan anaknya. Setelah dia mengahwinkannya, dia menghiasinya dan menghidangkan di hadapannya sebuah hidangan pada malam hari. Puteri itu mengeluarkan tangannya sebelah kiri untuk makan bersama suaminya.

Melihat itu suaminya berkata, “Sungguh aku memang sering mendengar bahawa orang fakir adalah kurang pendidikan. Keluarkanlah tangan kananmu.”

Puteri itu tetap mengeluarkan tangan kirinya dan berkali-kali suaminya melarangnya. Terdengar satu suara dari sudut pintu, “Keluarkan tanganmu sebelah kanan, hai perempuan hamba Allah. Benar-benar engkau telah memberikan roti itu kepada Allah. Tentu Allah akan memberikan tanganmu kepada dirimu.”

Maka dikeluarkannya tangan kanannya dalam keadaan utuh berkat kekuasaan Allah SWT dan makanlah dia bersama suaminya.

~ ..Muliakan..~

RASULULLAH SAW DENGAN SEBIJI LIMAU

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. 


Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 



Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. 



WALLAHUA'LAM

~ zikir..ingatlah Allah..hati hati akan menjadi tenang ~

Beberapa hadith yg menyatakan fadhilat berzikir:
RasululLah saw bersabda:
Allah swt berfirman: "Ketika hambaKu mengingatiKu dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu dalam suatu kelompok, maka Aku mengingatinya dalam kelompok yg lebih baik dari kelompoknya. Jika dia dekat kepadaKu sejengkal, maka aku dekat kepadanya sedzira'(satu lengan). Jika ia dekat kepadaKu sedzira', maka Aku mendekati kepadanya sedepa. Jika dia berjalan kepadaKu maka Aku berlari kepadanya."

RasululLah bersabda:
"Tujuh golongan dinaungi Allah dalam naunganNya pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya. Diantaranya adalah lelaki yg berzikir kepada Allah di tempat sunyi lalu kedua matanya berlinangan kerana takut kepada Allah."

RasululLah bersabda:
"Allah SWT berfirman: "Siapa sibuk mengingatiKu dari meminta dri Ku, maka Aku beri dia lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang-orang yg meminta."

Dari A'masy, dari Abi Shalin, dari Abi Hurairah dan Abi Said al-Khudri, dari RasululLah saw, beliau bersabda:
"Sesungguhnya Allah swt mempunyai malaikat yg tinggal di bumi. Jika mereka bertemu dgn kaum yg berzikir kpd Allah Azza Wa Jalla, mereka memanggil: "Kemarilah pd keinginanmu." Lalu mereka datang dan mengelilingi mereka di langit. Maka Allah swt berkata: "Apa yg diperbuat para hambaKu waktu kau tinggalkan mereka?" Mereka menjawab: "Kami tinggalkan mereka dlm keadaan sedang memuji, mengagungkan dan menyucikanMu". "Apakah mereka melihatKu?" Tanya Allah. "Tidak", jawab malaikat. "Bagaimana kalau mereka melihatKu?" tanya Allah lagi. Para malaikat menjawab: "Tentu saja jika mereka melihatMu, mereka akan lebih memuji, mengagungkan dan menyucikan Engkau." Allah bertanya: "Dari bahaya apa bahawa mereka mereka memohon perlindungan?" "Dari neraka." "Apakah mereka melihat Neraka?" "Tidak." "Bagaimana seandainya mereka melihatnya?" "Jika mereka melihatnya tentu mereka akan lebih menjauhinya." Kemudian Allah bertanya: "Apa pula yg mereka cari (minta)?" Mereka menjawab: "Syurga." "Apakah mereka itu melihatnya?" "Tidak." "Bagaimana jika mereka melihatnya?" Mereka menjawab: "Jika mereka melihatnya, tentu mereka lebih merindukanya." Kemudian Allah swt berfirman: "Aku saksikan padamu bahawa Aku telah mengampuni mereka."

~ Membersihkan Hati dengan Solah ~


 Hadith Sahih mengenai solat
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :
"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga"H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). H.R.Muslim & Ahmad

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan
digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H.R.Sahih Muslim

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70xsolat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban" H.R.Ibn'Asakir

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia  berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa,maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana
lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim 

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk,maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka ia kafir terang-terangan" H.R.Attabrani

~semoga apa yang kita baca kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain~

~ pewaris usaha atas iman ~


~ ..alunan zikir dan kalimah Allahuakbar membasahi bibir menanti kehadiran bakal daie.. ~
~ setiap saat berdoa, berdoa dan terus berdoa agar daie ini selamat dilahirkan ke bumi Allah~
~ disaat wayar2 oxygen menerobos ruang pernafasannya si ummu berusaha berusaha dan terus berusaha untuk melahirkan pejuang Islam itu ~
~ dengan izinMu ya Allah.. izinkanlah daie lahir kedunia ya Allah.. dalam keadaan apa pun.. andai nyawa ini bisa mengantikan dirinya hamba redha.. izinkan hambamu ini memberi umat Nabi SAW ke alam ini.. doa si ummu dalam hati kecilnya..~
~ tawakal, tawakal dan terus tawakal sehingga mata ummu tertutup dan terus tertutup~
~menyerahkan segala2nya kepada Yang Maha Kuasa~


~ alhamdulillah.. lahir seorang hamba Allah.. yang InshaALLAH akan di didik dengan cara Islam.. Sunnah.. menjadi pewaris usaha nabi dan menjadi seperti para sahabat2 nabi.. seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khatab, Saad Al Waqas.. Saidina Ali.. dan lain2 para sahabat..
Semoga menjadi seperti perawi hadith.. Imam Bukhari.. Imam Nawawi.. Imam Muslim.. 
~semoga dia juga seperti abi nya..~
~ Ya Allah.. dengan izin dan redha Mu ..semoga kedua dua pewaris usaha Nabi ini terus menetapkan langkah2 mereka untuk keluar di jalan Mu ya Allah~
~ Ya Allah.. jadikan kami asbab hidayat seluruh alam ~