Posts

Showing posts with the label Fadhilat Zikir

~Kisah seekor ulat dengan Nabi Daud A.s~

Image
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dap...

~ zikir..ingatlah Allah..hati hati akan menjadi tenang ~

Image
Beberapa hadith yg menyatakan fadhilat berzikir: RasululLah saw bersabda: Allah swt berfirman: "Ketika hambaKu mengingatiKu dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu dalam suatu kelompok, maka Aku mengingatinya dalam kelompok yg lebih baik dari kelompoknya. Jika dia dekat kepadaKu sejengkal, maka aku dekat kepadanya sedzira'(satu lengan). Jika ia dekat kepadaKu sedzira', maka Aku mendekati kepadanya sedepa. Jika dia berjalan kepadaKu maka Aku berlari kepadanya." RasululLah bersabda: "Tujuh golongan dinaungi Allah dalam naunganNya pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya. Diantaranya adalah lelaki yg berzikir kepada Allah di tempat sunyi lalu kedua matanya berlinangan kerana takut kepada Allah." RasululLah bersabda: "Allah SWT berfirman: "Siapa sibuk mengingatiKu dari meminta dri Ku, maka Aku beri dia lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang-orang yg meminta." Dari A'masy, d...
Image
Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin Busr r.a bahawa sesungguhnya seorang lelaki bertanya, " Ya Rasulullah, pengetahuan hukum-hukum syariah Islam telah banyak bagiku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat aku mengamalkannya secara berterusan dalam hidupku." Baginda saw bersabda, " Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah" ( Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad dan lain-lain)