
Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin Busr r.a bahawa sesungguhnya seorang lelaki bertanya, " Ya Rasulullah, pengetahuan hukum-hukum syariah Islam telah banyak bagiku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat aku mengamalkannya secara berterusan dalam hidupku." Baginda saw bersabda, " Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah" ( Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad dan lain-lain)