6 pesanan untuk wanita
1.Solat di awal waktu dan galakkan kaum
muhram solat di tempat di mana azan dilaungkan:
kita hendaklah solat di awal
waktu. Sebagai kaum wanita sebaik-baik tempat adalah di rumah dan di rumah pula
seelok-eloknya di bilik. Walaupun kerja rumah kita itu banyak tetapi hendaklah
kita cuba sedaya upaya kita untuk solat di awal waktu. Jadi hendaklah kita aturkan tugas
kita di rumah mengikut waktu solat supaya kita dapat bereskan kerja kita
sebelum masuk waktu solat. Di mana jika dapat solat di awal waktu ganjarannya
begitu besar sekali.
~ Dikatakan jika berwudhu dan tunggu azan untuk solat maka di
akhirat nanti Allah S.W.T. akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya
seperti cahaya matahari. ~
~ Jika kita berwudhu ketika azan sedang dilaungkan maka
kita akan dibangkitkan dengan muka bercahaya seperti bulan purnama dan jika
kita berwudhu selepas azan dilaungkan maka kita akan dibangkitkan dengan muka
bercahaya seperti bintang.~
Solat juga akan menyerikan muka kita dengan Nur Taqwa pada wajah
kita.Allah S.W.T. telah berjanji akan mengurniakan 5 ganjaran pada orang yang
menjaga solatnya dengan sempurna. Kita juga sebagai wanita,kaum ibu dan isteri
hendaklah menggalakkan kaum muhram kita solat berjemaah di masjid atau
surau. Mafhum hadith:Rasulullah S.A.W. bersabda:Jika tidak kerana kaum wanita
dan kanak-kanak di dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana
penghuni lelaki tidak pergi solat berjamaah di masjid.Jika suami kita pergi
solat berjamaah di masjid dengan istiqamah,maka kita di rumah juga akan
mendapat pahala solat berjamaah 27 kali.Oleh itu kita azamlah supaya kita dapat
solat di awal waktu dan juga galakkan muhram kita solat di masjid.
2.Istiqamah menghidupkan ta’lim dan ta’allum:
Kita hendaklah menghidupkan ta’lim dan ta’allum di rumah iaitu majlis belajar dan mengajar,di mana kitab Fadhail Amal(karangan Sheikhul Hadith Maulana Zakariyya R.H)dibaca kerana tiap-tiap hadith yg ditulis di dalam kitab ini ada Nur dan keberkatannya. Pada ta’lim rumah kita boleh juga diadakan muzakarah dan soal jawab hal-hal agama dengan kaum keluarga kita. Untuk mendapatkan kesan atau manfaat dari ta’lim ini maka hendaklah dilakukan dengan istiqamah dan juga adab-adabnya yg telah ditetapkan. Mesyuarat dengan suami dan anak-anak masa yang elok supaya dapat duduk dalam majlis ini.
Hadkan masa sekurang-kurangnya 15 minit hingga setengah jam. Hendaklah kita tetapkan masa dan tempat dan lakukan dengan istiqamah kerana ini akan mendatangkan kesan kepada diri kita.Jangan ambil ringan tapi anggaplah majlis ini amat penting dan perlu seperti waktu masak dan makan kita seharian.Dengan adanya ta’lim ini tiap-tiap hari akan melembutkan hati-hati kita dan dengan mudah agama akan masuk dalam diri kita.
~ Banyak sekali kelebihan jika kita adakan majlis seperti ini.Rumah-rumah kita akan bercahaya seperti bintang-bintang,syaitan-syaitan akan keluar dan para malaikat akan masuk dan rumah-rumah kita juga akan jadi sumber hidayat untuk jiran-jiran kita.Allah S.W.T. akanturunkan rahmat,keberkatan,ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga,insyaAllah… ~
3.Istiqamah membaca Al-Quran dan dzikir:
~ Al-Quran: ~
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:’Tetaplah membaca Al-Quran adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat”.Al-Quran merupakan teman di dalam kubur juga pemberi syafaat di akhirat.Kita hendaklah sedaya upaya cuba istiqamah membaca Al-Quran setiap hari sebab Al-Quran akan menuntut haknya di akhirat nanti.yang mana hak Al-Quran hendaklah khatam dua kali setahun,Jadi tiap-tiap hari kita lapangkan masa untuk membaca Al-Quran,sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari,kalau tidak dapat,satu ‘ain atau setengah juzuk.
Kita juga hendaklah membaca surah-surah di aman Rasullullah S.A.W. tidak lupa membacanya tiap-tiap hari antaranya Surah Yasin:seperti kita khatam Al—Quran sepuluh kali,Surah Al-Waqiah-menjauhkan daripada kepapaan,Surah As.Sajdah dan Surah AlMulk(Taba)menjauhkan dari siksa kubur,Surah AlKahfi pada hari jumaat,Nur akan bersama kita sehingga jumaat yg datang.Kita hendaklah mengajar anak-anak kita supaya membiasakan diri mereka dengan membaca Al-Quran setiap hari.Kita jadikanlah sekurang-kurangnya salah seorang dari anak-anak kita di kalangan para Hafiz Al-Quran.
Dzikir:
Berzikir iaitu mengingati Allah S.W.T. dalam setiap keadaan dan ketika.Kita hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya yang kita boleh sehingga kita dapat merasa yang diri kita ini hampir pada Allah S.W.T.Sehingga kita terasa yang Allah S.W.T. melihat setiap waktu dan ketika.Kita hendaklah istiqamah dengan dzikir 300 kali pagi dan 300 kali petang,iaitu selepas subuh dan Asar.Dalam apa keadaan sekalipun janganlah kita tinggal dzikir ini.
Sayangkan Allah dan untuk mendekatkan diri padaNYA maka zikirlah 100 kali pagi dan 100 petang-Subhanallahu Walhamdulillahi wala ilahi illahu Akbar,wala haula wala quwwata illa billahi A’liyyil A’zim-di mana sekali diucapkan Allah akan tumbuhkan satu pohon syurga di mana pohon itu mengeluarkan 70 jenis buah-buahan dan hasilnya akan diperolehi di akhirat kelak.
Sebagai umat Rasullullah S.A.W. dan tanda kasihnya kita pada baginda maka hendaklah berselawat 100 kali pagi dan 100 kali petang,di mana satu selawat Allah S.W.T. akan ampunkan dosa,diangkatkan 10 darjat dan diberikan 10 krbaikan.Sayangkan diri kita maka hendaklah kita beristighfar memohon ampun dari Allah S.W.T. sebanyak 100 kali pagi dan 100 kali petang.Kelebihannya Allah akan ampunkan dosa kita sebanyak buih dilautan.Juga jangan ditinggalkan dzikir Fatimah tiap-tiap lepas solat dan sebelum tidur.Juga amalkan doa-doa masnun.
4.Mendidik anak secara agama dan sunnah:
Memdidik anak secara agama dan sunnah Rasullullah S.A.W. adalah kewajipan kedua ibu bapa terutama sekali diri kita kaum ibu yang senantiasa di rumah untuk mengawasi anak-anak.Jika kita dapat wujudkan suasan madrasah dalam rumahtangga kita iaitu suasana iman dan amal,maka dengan sendirinya anak-anak akan mendapat didikan agama yg lebih sempurna.Dikatakan madrasah pertama bagi anak-anak kita adalah di atas riba ibu-ibu.Kita adalah contoh yang mencorakkan kehidupan mereka.Jadi kita sebagai ibu bapa perlulah memdekatkan anak-anak kita dengan kisah Rasullullah S.A.W. dan Para sahabat supaya dengan kisah-kisah itu dapat membentuk akhlak dan peribadi mereka.
Kita juga perlu mengawasi pergaulan mereka,akhlak mereka,pakaian dan makan minum mereka.Ajarlah supaya mereka yakin pada Allah S.W.T. )contohnya seperti kisah Syeikh Abdul Qadir Jailani)dan hendaklah kita ajar doa-doa masnun dan juga sunnah-sunnah Rasullullah S.A.W. dalam setiap perbuatan mereka seharian.Pesanan Rasullullah S.A.W.:Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara iaitu cinta pada Nabi mereka,cinta pada ahli keluarga dan bacalah Al-Quran’.Berdoalah untuk anak-anak supaya Allah S.W.T. jadikanlah mereka anak-anak yang soleh di kalangan para huffaz dan daie ilallah.
5.Kehidupan sederhana:
Hiduplah dalam keadaan yang sederhana mengikut kemampuan kita iaitu jangan sampai mendesak suami hingga di luar kemampuannya.Janganlah membeli benda-benda mewah yang membazir hingga kita menjadi hamba dunia tetapi belilah benda yang bermanfaat sahaja.Jika terlalu banyak pekerjaan dan perkara-perkara yang hendak dilakukan dalam rumah tangga kita maka kita tidak akan ada masa untuk banyakkan amal ibadat kita.
Oleh itu masa yang terluang itu kita habiskan untuk Quran dzikir,membaca kitab untuk menambahkan ilmu dan mengajar anak-anak kita agama seperti Al-Quran,doa-doa masnun dan juga mengajar mreka dengan akhlak yang mulia.Jika kita dapat amalkan sunnah Rasullullah S.A.W. insyaAllah dengan sendirinya kita dapat hidup sederhana.Selalunya kita pandang pada orang yang tidak mampu dari segi dunia supaya kita merasa syukur atas apa yang Allah S.W.T. telah berikan pada kita.Jadikanlah kehidupan kpara Sahabat dan Rasullullah S.A.W. sebagai iktibar pada kita.Mereka yang hidup dalam kederhanaan terselamat dari kesusahan dan kerisauan.
6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk
usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama).
– Secara Baironi : di
luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.
Kita juga perlu jaga ghast suami.. ghast pertama.. ghast kedua.. nisab bulanan suami.. dan mahram. Bila suami keluar..wanita perlu mujahadah.. mujahadah wanita ialah berdiam dirumah .. mencontohi pengorbanan Hajar dan Sarah Isteri Nabi Ibrohim as.
Wanita yang bersabar dengan kesusahan ketika ditinggal suami keluar di jalan Allah SWT maka akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya.. Perpisahan isteri dengan suami yang keluar di jalan Allah SWT kelihatan berpisah, pada hakikatnya mereka sedang mempersiapkan pesta besar di dalam syurga.
~ Banyak kelebihannya seorang istri redho suami keluar di jalan Allah. utk tahu lagi an lagi.. hidupkan taklim rumah.. InshaAllah.. ~
note: ada isi yg di copy paste. tapi x ingat dr mana.. halakan ya utk manfaat bersama..