Mengislahkan Diri
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
" Patutkah kamu meuyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri. Padahal kamu semua membaca kitab Allah. Tidakkah kamu berakal? (Surah al-Baqarah:44)
Setiap daripada umat ini bertanggungjawab atas dua perkara secara berasingan. Pertama, amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-munkar (dakwah). Kedua, beramal dengan perkara yang didakwahkan. tuntutan sebenar ke atas setiap orang terhadap kerja dakwah adalah sebagaimana yang diterangkan dalam hadith riwayat Hazrat Anas ra. yang mafhumnya bahawa para sahabat bertanya kepada Nabi SAW "Wahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalan-amalan yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan dan kami tidak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi kesemuanya?"
Maka Baginda SAW bersabda, "Bukan begitu, serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal dengan kesemuanya dan cegahlah daripada kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya." hadith ini diriwayatkan oleh Imam Tabarani dalam kitab Mu'jam Soghir dan Ausat.
Rujukan: Fadhilat Amal. karangan Hazrat Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya rah.
Sama-samalah kita perbaiki diri dan serulah orang lain lantas beramal dengan apa yang kita serukan..semoga dapat membantu persoalan sahabat saya semalam.