Skip to main content

Bagaimana Kita Menjadi Muslim


*BAGAIMANA KITA MENJADI MUSLIM?*

Islam sampai kepada kita melalui jalan dakwah, sehingga akhirnya kita dapat menikmati hidup beragama pada hari ini. Kita terpandu terarah serta jauh dari sikap kehaiwanan yang tiada pedoman.

Kita perlu menghargai orang yang mengajarkan agama ini kepada kita, terutama pengorbanan Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam dan para sahabat baginda.

Mereka bersungguh-sungguh menyampaikan risalah hidayah ini kepada manusia, bukan hanya dengan mengorbankan harta bahkan juga keluarga dan nyawa sendiri menjadi tebusannya.

Ketika perang pertama umat Islam berlaku di Badar, Nabi shallallahu 'alahi wasallam juga gusar sekiranya mereka kalah bertempur, munajat baginda pajatkan kepada Allah:

"اللهم أنجز لي ما وعدتني، اللهم آت ما وعدتني، اللهم إن تهلك هذه العصابة من أهل الإسلام لا تعبد في الأرض"

"Ya Allah lunaskanlah apa yang telah Engkau janjikan kepada ku, Ya Allah datangkanlah apa yang telah Engkau janjikan kepada ku, Ya Allah jika sekiranya tewas musnah kumpulan dari kalangan orang Islam ini, nescaya tiadalah yang akan menyembah Mu di bumi ini" [Riwayat Muslim: 1763]

Doa ini adalah doa yang sayu jika dihayati kerana ia adalah doa pengharapan dan kegusaran pada jiwa seorang pejuang. Berjuang untuk menyampaikan petunjuk kepada manusia. Jika tidak dengan asbab mereka ini, kita mungkin tidak mengenal Islam.

Refleksi diri kita:

1- Sebagaimana mereka itu berkorban agar Islam sampai kepada kita, sumbangkan juga sebahagian hayat kita untuk menyebarkan agama kepada generasi berikutnya.

2- Sunnah Rasul jangan sesekali diperlekeh! Kerana baginda itu sendiri adalah sumber agama. Kenali para sahabat dan cara beragama mereka. Amal agama sebagaimana ia diamalkan oleh generasi wahyu.

3- Hargai orang yang menyampaikan agama ini dengan ikhlas. Hormati dan permudahkan urusan mereka untuk mendidik masyarakat. Doakan agar mereka diberikan taufiq ketika menyampaikan agama.

4- Jangan jadi orang yang pentingkan diri! Hanya memikirkan urusan sendiri, keluarga sendiri, rezeki sendiri, hinggakan tiada ruang dan masa untuk berkhidmat kepada agama.

Ingatlah! Keluarga anda juga memerlukan hidayah dan bimbingan, yang anda sendiri mungkin tak dapat berikan didikan. Bahkan kita sendiri juga perlukan nasihat agar sedar sentiasa. Jadi inilah peranan pendakwah, saling berpesan ke arah kebenaran.

✒ Ustaz Yasir Ramlee

Berikanlah sedikit hayat kita ini membantu menyebar dan memperjuangan agama sebagaimana ia dapat sampai kepada kita semua.

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...