Posts

Showing posts from May, 2012

~ awal awal agama- mengenal ALLAH SWT ~

Image
Rasulullah SAW berjuang selama tiga belas tahun di Makkah. Itulah masa Rasulullah berdakwah dan mengumpul pengikut-pengikutnya. Mula-mula secara sembunyi-sembunyi dan kemudian secara terang-terangan. Dalam masa tiga belas tahun itu, Rasulullah hanya 'membawa Tuhan' dan memperkenalkan Tuhan kepada para Sahabat. Dalam majlis yang rasmi atau tidak rasmi, dalam majlis keramaian, apabila berjalan-jalan dengan para Sahabat, malahan pada setiap masa dan ketika Rasulullah menceritakan tentang Allah dan hari Akhirat. Tentang kebesaran, kesucian dan kekuasaan-Nya. Tentang kasih sayang, keampunan dan belas ihsan-Nya. Tentang kuasa dan iradah-Nya dan tentang segala-gala sifat yang ada pada Tuhan. Segala sifat Allah itu sangat-sangat dihayati oleh para Sahabat hingga mereka menjadi cukup kenal dengan Tuhan. Bukan setakat tahu, tetapi cukup kenal. Mereka menjadi orang-orang yang arifbillah. Hati-hati mereka cukup hampir dengan Tuhan, cukup sensitif dan peka dengan Tuhan. Mereka cukup t...

~ Alhamdulillah ~

Image
   19 Mei 2012 - 25 Mei 2012 Your most popular sites = eg tukar ("-)...  ya..seminggu ni memang ini laman yang sgt2 digemari.. hahaha hari demi hari menunggu sesuatu yang tidak pasti.. penat lah menunggu. then my friend said.. pertukaran antara daerah 'no need to online' but 'direct to JPN' .. hurmm sehinnga hari ini tiada juga 'result' .. so.saya x mau online dah..('~') tunggu saja surat dari JPN... 26 Mei 2012 First word = Alhamdulillah..  a new life will begin there..

~ Jika ada sombong ~

Image
Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam. Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya. Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut un...

~ Bertemu Berpisah kerana ALLAH ~

Image
Perpisahan sementara ini menyuburkan cinta kau..aku dan DIA.. Menyemai bibit-bibit cinta seperti hari pertama kita menikah.. tatkala kau dan aku disatukan dengan sebaris kata... Perpisahan ini satu ruang masa untuk kita bermuhasabah.. Untuk kita terus terus dan terus mengharap pada Yang Esa.. bukan pada dirimu..dan bukan juga pada usaha kita..kerana makhluk tiada kuasa.. Aku rindu padamu.. ~Tidakkah rindu kepadaNya? Aku tidak sanggup berjauhan denganmu walaupun seketika.. ~Alam Ke 2 (Barzakh) kita pasti jua akan berjauhan.. Aku tidak mampu bersendirian mengurus keluarga.. ~Allah SWT adalah sebaik-baik Penolong..Kamu tidak bersendiri selagimana kamu mengingati Nya Aku tiada tempat bermanja..tiada tempat untukku mengadu.. ~Dia mengurniakan Tahajjud dimalam hari..peluang bersunyi diri denganNya.. Perpisahan diri memberi ruang untuk rindu hadir diantara kita.. dan rasa rindu itu penguat mahabbah antara kita.. Andai semalam adalah pertemuan terakhir , pasti pasti ...

~ Wahai Syabab! Kisah orang buta dengan syaitan ~

Image
Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab : Aku adalah syaitan.! Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa  ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali  ketiga maka seluru...

~Kisah seekor ulat dengan Nabi Daud A.s~

Image
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dap...