~ Bertemu Berpisah kerana ALLAH ~

Perpisahan sementara ini menyuburkan cinta kau..aku dan DIA..
Menyemai bibit-bibit cinta seperti hari pertama kita menikah..
tatkala kau dan aku disatukan dengan sebaris kata...

Perpisahan ini satu ruang masa untuk kita bermuhasabah..
Untuk kita terus terus dan terus mengharap pada Yang Esa..
bukan pada dirimu..dan bukan juga pada usaha kita..kerana makhluk tiada kuasa..

Aku rindu padamu..
~Tidakkah rindu kepadaNya?

Aku tidak sanggup berjauhan denganmu walaupun seketika..
~Alam Ke 2 (Barzakh) kita pasti jua akan berjauhan..

Aku tidak mampu bersendirian mengurus keluarga..
~Allah SWT adalah sebaik-baik Penolong..Kamu tidak bersendiri selagimana kamu mengingati Nya

Aku tiada tempat bermanja..tiada tempat untukku mengadu..
~Dia mengurniakan Tahajjud dimalam hari..peluang bersunyi diri denganNya..

Perpisahan diri memberi ruang untuk rindu hadir diantara kita..
dan rasa rindu itu penguat mahabbah antara kita..



Andai semalam adalah pertemuan terakhir , pasti pasti dan pasti bertemu semula di Jannah..
Khuruj Fisabilillah


Popular posts from this blog

6 pesanan untuk wanita

MUZAKAROH IMAN YAKIN

Hati dan Amal mu