
Menurut     sebuah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Maksudnya     :
(Riwayat Imam Ahmad).
Dalam     hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa umur itu hendaklah digunakan     dengan sebaik-baiknya kerana jika kita tidak bersyukur kepada Allah     Subhanahu Wataala, maka kita tidak akan melihat usia kita sebagai amanah     Allah Subhanahu Wataala, sebaliknya mengambil kesempatan melakukan apa     sahaja untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu tetapi bagi kita yang sedar bahawa     usia itu amanah Allah Subhanahu Wataala, maka kita akan memberikan tumpuan     ke arah jalan yang baik dan beramal soleh maka di sini bermakna kitalah yang     menentukan buruk baik amalan dalam meniti usia kita.
Memandangkan     betapa berharganya usia itu kepada manusia, maka itulah sebabnya agama Islam     sangat menitik beratnya supaya manusia memahami dan mengetahui yang usia itu     adalah amanah daripada Allah Subhanahu Wataala.
Suatu     hadith lain menjelaskan, daripada Abi Burdah Al-Aslami, Nabi Muhammad     Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bahawa setiap anak Adam tidak akan     berganjak tapak kakinya dari kanan ke kiri, depan ke belakang sehingga Tuhan     bertanya empat perkara :-
1. Tentang usia bagaimana dihabiskannya.
2. Tentang harta dari mana dan ke mana dihabiskannya.
3. Tentang ilmu, apakah yang dimanfaatkan dengannya.
4.      Waktu bertenaga, bagaimanakah dihabiskan tenaga     itu.
Di     dalam makna hadith yang baru dibacakan tadi, dua perkara yang perlu kita     fikirkan ialah:-
Pertama     : Soal umur, kita akan disoal dan     dipertanggung jawabkan mengenai usia     kita bagaimanakah kita menggunakannya. Jika kita menghabiskan usia dengan perkara yang baik, maka     kebaikanlah yang kita akan nikmati, sebaliknya jika kita menghabiskan usia     kita dengan melakukan keburukan maka keburukanlah yang akan diterima.
Kedua     : Mengenai tenaga, ini juga melibatkan usia, oleh itu selagi kita     dipanjangkan usia dan masih bertenaga, maka gunakanlah tenaga itu dengan     baik bagi mendapat kebaikan. Janganlah     pula usia dan tenaga itu disalahgunakan bagi melakukan perkara mungkar.
  Dalam     hal umur ini, patutlah kita bertanya kepada diri kita, apakah kita telah     menunaikan tanggungjawab kita dalam meniti usia kita yang dikurniakan Allah     Subhanahu Wataala?  Kita harus     ingat, orang yang dipanjangkan usia, haruslah mengambil iktibar terhadap     orang lain yang tidak dipanjangkan usianya. Mudah-mudahan akan dapat menyedarkan diri kita supaya akan     mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala dan     sentiasa bermohon kepada Allah Subhanahu Wataala supaya usia kita diberkati.
Jika kita merenung usia kita yang panjang, setentunya tidak sama lagi dengan keadaan semasa muda kita, maka ketika itulah kita akan menyedari bahawa usia itu sudah sampai penghujungnya. Alangkah eloknya kita memperbanyakkan taubat dan mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala. Ingatlah wahai kaum muslimin sekalian, bahawa Allah Subhanahu Wataala memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan umur ke arah kebaikan maka janganlah disia-siakan umur kita yang masih ada dan kerjakanlah segala suruhannya dan tinggalkanlah segala keburukan dan kemungkaran untuk bekalan di akhirat kelak mudah-mudahan kita tergolong daripada orang-orang yang beroleh kemenangan dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala di akhirat nanti. Mungkin ketika muda kita tidak melakukan kerja yang baik, jadi alangkah indahnya umur yang masih ada itu digunakan untuk mendapatkan semula kebaikan yang tidak diperolehi ketika muda.
Hal ini telah pun digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim dan Imam Al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma yang bermaksud
Firman     Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 281:-
Tafsirnya     :
  Dan peliharalah diri mu dari azab yang terjadi pada hari yang kamu     semua dikembalikan keapda Allah, kemudian masing-masing diri diberi      balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakan, sedang     mereka sedikit pun tidak dianiaya.
sumber: http://www.masjid.gov.bn/teks_khutbah/1424/Muharram/18.htm
Assalamualaikum [...]
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan ke laman diri yang tak seberapa [...]