Skip to main content

Teori dan Praktikal


Wujudnya teori dan praktikal dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian sama ada dari segi akedemik, alam pekerjaan, nilai-nilai moral, kehidupan didunia dan juga kehidupan di akhirat.. Bagi saya dan sahabat-sahabat, teori untuk menjadi 'pendidik' itu telah bermula semenjak mengenali insan yang bernama ibu. Apabila melangkah ke universiti kemudian baru lah mempelajari segala persediaan untuk menjadi 'Cikgu'.

Teori dan praktikal, apa perkaitannya? Dalam Educational Psychology (Santrock, Educational Psychology, 3rd Edition) misalnya, terdapat banyak teori-teori asas yang terkenal seperti Bandura, Pieget, Vgotsky, Bronfenbrenner, Erikson dan lain-lain yang kurang terkenal.. Namun didalam kelas (Classroom Management), kesemua teori-teori seakan-akan tidak mencukupi.. lalu saya gabungkan dengan teori-teori Counseling dan beberapa yang lain.. Namun tentu saja tugas 'mendidik' itu terasa sukar. Hanya setelah beberapa minggu berlalu dalam sesi praktikal, baru lah saya benar-benar memahami bahawa apa jua subjek yang kita ajar, mesti kembali kepada basic iaitu 'agama', kerana kehidupan didunia ini tidak akan lari daripada agama iaitu Islam.

Kadang-kadang bila cakap pasal agama, students non muslim saya akan buat hal dia sendiri, bercakap bersama mereka dan pelbagai karenah tetapi kadang kala mereka juga bersikap terbuka. pernah seorang pelajar india saya, katakan "teacher, i love u" dan saya jawab semula, " i love you too, becoz of Allah" dia tanyakan kepada saya, mengapa mesti ada words yang terakhir itu teacher? (dengan nada kurang senang). lalu saya jawab, kerana yang mengurniakan kasih sayang @ ar-rahman itu adalah Allah swt..and lastly dia tersenyum dan katakan.. 'whatever'..

Kembali kepada Teori dan Praktikal..

Kini, soalan yang kerap dituju buat saya.. bagaimana alam perkahwinan? Jawapan nya pasti berbeza untuk setiap 'range' umur yang bertanya.. :) Apapun, hikmah perkahwinan itu tetap ada..
Setiap rumah tangga tu ada cabaran dan ujiannya.. bermacam-macam dugaan, lalu suami isteri mempraktikkan teori-teori yang mereka pernah baca atau belajar.. sama-sama berjuang dalam setiap ujian.. Ujian itu boleh jadi pahit + manis.. yang manis itu bagaimana? Diuji dengan perasaan terlalu sayang ( Syarha, Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul).. betapa sucinya terasa jiwa kita bilamana mencintai mereka yang halal untuk dicintai..
Namun ujian itu boleh secara drastik bertukar menjadi pahit.. bagaimana? solusi?

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Banyak lagi cara penyelasaian masalah rumahtangga berdasarkan riwayat hidup Rasulullah yang harus kita jadikan teladan.

Secara keseluruhannya, teori dan praktikal itu sangat berkait. Dengannya ada praktikal, mudahlah memahami teori.. benarkah begitu? inilah yang menjadi agenda thesis saya.. para pembaca yang dirahmati Allah sekalian (jika ada yang sudi membaca) doakan saya dan sahabat-sahabat yang lain dapat menyiapkan Academic Exercise pada tempoh yang ditetapkan.
InsyaAllah, jumpa lagi.





Comments

  1. alhamdulillah..
    perkongsian yg menarik..
    boleh di kups dgn lbh mendalam lg..
    maklumlah org dah menghadapi situasi itu... =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hai Just leave your message

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...