Skip to main content

Adik, Kakak dan Tabligh

Adik:

Mengapa kebanyakan orang tidak suka pada Tabligh? Mereka juga mengatakan Tabligh itu serong dan bermacam-macam tomahan lagi..


Kakak:

‘Mereka’ itu siapa? Pasti ‘mereka’ itu orang yang cetek ilmunya atau hatinya penuh takbur.. cuba adik tanya ‘mereka’, apa usaha yang ‘mereka’ telah/sedang/ akan buat untuk menegakkan daulah atau menyebarkan islam? tanyakan juga kepada mereka apa khabar ‘iman’ mereka? Hingga sanggupnya mereka mencaci orang bergerak atas jalan Allah.. kita sebagai Muslim harus saling tolong menolong, bukan caci mencaci.. Kita harus faham siapa sebenarnya musuh kita.. adakah patut orang yang bergerak di atas jalan Allah dijadikan musuh?


Adik:

‘Mereka’ juga bilang Tabligh itu menolak politik.. bolehkah begitu kakak?


Kakak:

Adik, dakwah itu bermacam strategi. Bergantung kepada kelompok kumpulan itu bagaimana mereka berusaha menyebarkan Islam itu. Kakak ini bukan lulusan sarjana agama bukan juga sarjana syariah, jesteru kalau ada jawaban yang kurang memuaskan kakak mohon maaf ya.. nanti kita boleh rujuk kepada orang yang lebih faham tentang ini. Namun pada pendapat kakak (setelah mendengar penjelasan tentang Tabligh) mereka bukannya menolak politik. Bukan begitu dik.. tapi apa yang lebih penting adalah menyuntik iman dalam diri individu. Sepertimana juga Nabi s.a.w, membentuk iman para sahabat dengan keimanan yang benar benar kukuh kepada Allah SWT. Juga keimanan kepada Islam. Lantas bilamana mereka telah beriman, mereka faham dan menerima segala hukum-hukum, undang-undang dengan hati yang penuh keimanan. Pernah ada seorang sahabat sanggup dihukum didunia kerna sangat takutkan azab diakhirat. Dengan ada keimanan kepada Islam, secara otomatis sistem Islam itu akan terbentuk. Cuba lihat dalam sebuah keluarga.. jika ahli ahli rumah itu memahami Islam yang sebenarnya, maka akan terbentuk institusi keluarga yang Islami. Gitu sebenarnya..

Kakak selalu baca di blog-blog yang mereka mengatakan Tabligh itu menolak politik.. namun mereka hanya menulis tanpa mengkaji.. sepertimana jika kita membuat penyelidikan dalam 1000 populasi tetapi kita hanya mengambil 50 sampel, lalu kita membuat kesimpulan berdasarkan 50 sampel yang kita ambil. Itu menjadikan kajian kita kurang ‘valid’..


Adik:

Jadi, mengapa Tabligh itu berpegang kepada Buku Fadilat Amal semata-mata?


Kakak:

Adik pernah baca Buku Fadhilat amal itu? ‘Mereka’ itu juga telah baca belum?


Adik:

Abang adik setiap hari membacakannya pada kami. Tapi kawan-kawan adik tidak pernah membacanya..


Kakak:

Sebab itu kakak tanyakan itu. Patutkah kita, komen tentang sesuatu masakan sedangkan kita belum pernah rasa masakan itu? Patutkah kita katakan seseorang itu sangat lemah penampilannya sedangkan kita belum duduk dan tinggal bersamanya?


Adik:

Tidak patut begitu kak. Jadi penjelasannya?


Kakak:

Jadi, Buku Fadhilat amal itu hanya sekadar buku yang menghimpunkan segala hadis- hadis, yang telah dihuraikan oleh penulisnya Maulana Zakariyya rahmahtullahi alaihi, dikarang dengan memudahkan penerangannya, agar orang yang biasa-biasa juga faham maksud hadis- hadis yang terkandung di dalamnya.. bukan bererti orang-orang Tabligh itu berpegang kepada buku Fadhilat Amal semata-mata.

Adik, Penulisnya adalah Maulana Zakariyya itu, seorang ulama yang tersohor.. hanya 'orang-orang' yang tidak kenal akan beliau sahaja yang suka suka hati nak kata beliau.. kalau orang yang kenal beliau, tidak berani mengatakan itu dan ini, kerna beliau seorang yang tinggi ilmunya..

Walau kita punya sarjana ugama, jangan sembarang mengata ulama'.. kerna ilmu kita itu belum tentu cukup jika dibanding dengan mereka..


Adik:
terima kasih kakak.
Jadi jika ada orang mengata tentang Tabligh lagi dihadapan saya, lalu apa yang saya lakukan?


Kakak:
Gampang kok.. Tanyakan sahaja kepada mereka 'apa yang kalian telah lakukan untuk menyebarkan Islam'?


** Sama-sama tanya pada diri, apa yang telah kita lakukan untuk menyebarkan Islam?**

Comments

  1. salam perjuangan...syabas!!! penjelasan yang cukup bernas.. ;)

    sorang kwn sy pnh gak kte..yg tabligh ni x btol..tinggalkan ank bini, n x spatutnya ada tabligh pon.. ni yg dia kte la.die kte org kat kpg die camtu..huhu pastu sy bantah abis-abisan.sbb pew, ayh sy pon tabligh gak.sy kte la.. sy ni ade cam anak terabai ker?..pastu trdiam plak die...;)

    bgi sy kan, sume tu brgantung pd cara mereka berdakwah.keluarga pun ptt dipelihara. berjuang..berjuang gak tp family x bley d abaikan...

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam.. enti benar..
    tentera pun tinggalkan anak bini untuk bertugas mempertahankan negara. maka, Tabligh itu keluar pd jalan Allah lagi.. Bilamana seorang lelaki keluar pada jalan Allah, inshaAllah, keluarga mereka dibwh jagaan Allah swt.. ada juga kata isteri dan anak yg ditinggalkan akan terabai dan x ditarbiyah.. jesteru, harus yakin, yg memberi tarbiyah itu bukan manusia, tetapi tarbiyah itu kurniaan Allah..

    wallahualam

    ReplyDelete
  3. dulu, abg sy dan kengkwan dia 'penganggur terhormat kg'.. asyik lepak ngan gitar je,, mase org Tabligh masuk kg dorg ajk abg n gang dia ni p masjid.. sejak hr tu bemula lah 1 khdupan bru tuk dia dan kwan2,, sy pun memg suka ar perubahn tu.. alhamdulillah,, Allah bg hidayah dan rezeki..sekrg dpt keje baik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Hai Just leave your message

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...