Posts

Showing posts from September, 2009

Lelaki dan Perempuan ( La & dendo)

Image
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Dengan IzinNya, hamba menulis.. sedikit perkongsian untuk yang terakhir kali.. moga mendapat sedikit sentuhan hati darinya. tidak sedikitpun berniat untuk melukakan hati sesiapa.. ku titipkan ia kerana tanda kasih kerana Ilahi.. Cinta Sejenis.. Lesbian hukumnya haram menurut ijma’ (konsensus) para ‘ulama. Tentang hal ini ada hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, dan Imam Tirmidzi bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki. Perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Laki-laki tidak boleh ‘berkumpul dengan laki-laki lain dalam satu kain’. Perempuan tidak boleh ‘berkumpul dengan perempuan lain dalam satu kain’.” sepertimana kaum Nabi Lut, janganlah kita tergolong dalam kalangan yang mendustakan ajaran rasulnya.. janganlah menjadi golongan yang melampaui batas.. sedangkan kita dijadikan fitrah yang cukup sempurna.. Firman Allah S.W.T. ...

Doa Pilihan

Image
" Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" "Tunjukilah kami jalan yang lurus, "(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" (Al-Fatihah: 5-7) " Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"(Al-A'raf: 23) "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'aku. " Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari Kiamat). ( Surah Ibrahim:40-41) " Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan k...

Janganlah mencari/ mengata kekurangan Orang lain..

Image
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Di majlis-majlis keramaian sering berlaku pengumpatan.. sukar untuk dinafikan.. terutama di majlis perkahwinan.. ada tetamu yang hadir datang membawa rahmat, ada yang datang menolak rahmat.. Misalnya, mereka dengan tidak sengaja atau sengaja mengatakan keburukan zahir pengantin seperti membedakan kecantikan pengantin itu dengan yang ini, mengatakan pengantin tidak berseri, mengata tentang makanan yang kurang special, dan macam-macam label lagi.. Ini berlaku kerana mereka kurang faham apa yang dimaksudkan dengan mengumpat… Bagaimana pula semasa berhari raya, sudahkah kita menjaga lidah kita? Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara...

1/3 Malam

Image
“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79) Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia, malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas daripada sebarang bentuk dosa. Walaupun dengan kedudukan sedemikian, Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya. Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga. Kisah in...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu Pesuruh ALLAH" Tidur siang hari di Bulan Ramadhan : Meniti Jalan Hidayah Barang siapa yang menghabiskan waktu puasanya dengan tidur seharian maka puasanya sah jika dia berniat untuk puasa sebelum terbitnya fajar. Namun dia berdosa karena tidak mengerjakan shalat di waktu-waktunya dan berdosa karena tidak shalat jamaah jika ia memang termasuk orang yang wajib melaksanakan shalat jamaah. Orang tersebut telah meninggalkan dua kewajiban sehingga dosanya sangat besar. Kecuali jika hal tersebut bukan merupakan kebiasaannya dan orang tersebut berniat bangun untuk menegakkan shalat , ketiduran ini sangat jarang terjadi, maka orang tersebut tidak berdosa. Terkait dengan hal di atas, satu hal yang patut disayangkan, yaitu banyak orang yang biasa untuk bergadang di bulan Ramadhan, ketika mendekati fajar mereka makan sahur kemudian tidur sepanjang hari atau sebagian besarnya. Me...
" Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH" dengan izinNYA hamba menulis.. Wanita yang aku KASIHI Adalah pencinta Tuhannya Yang mengalirkan cinta, takut dan harap Yang menguasai perjalanan hidupnya Setiap masa Sehingga Dia memanggilnya Wanita yang aku RINDUI Adalah wanita yang diwajahnya Terpancar sinar nur Ilahi Lidahnya basah dengan zikrullah Disudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah Wanita yang aku CINTAI Yang menahan pandangan dari panahan syaitan Sentiasa menghidupkan sunnah nabi Biarpun namanya tidak terkenal di bumi Tetapi di langit, dia disanjung tinggi Wanita yang aku SAYANGI Bersyukur dengan apa yang ada Yang bersabar dengan apa yang tiada Cinta kepada hidup yang sederhana Yang tidak bermata dunia Wanita yang aku SUKAI Adalah sejuk mata memandang Dek terlihat keluhuran akhlaknya Menjadi sumber ketenangan jiwa Bila hati bergelora Wanita yang aku IDAMI Adalah yang mengingatkan hatiku Kepada Ar-Rahman Ar-Rahim ...