"Solat + Tawakkal + Usaha + Doa + Yakin = Kejayaan"


dari sekeping disket usang yg penuh dengan khazanah ilmu.. ku temui artikel ini..

Solat merupakan tiang agama. Solat juga merupakan paksi kejayaan dan teras kehidupan. Manakala study atau menuntut ilmu merupakan senjata kita untuk berhadapan dengan masyarakat yang lebih kompleks dan dunia pendidikan.
Kaedah study yang bagaimanakah penentu kejayaan diri, pengukur kematangan dan nilai intelek seseorang?

Jika diterjemah dan ditafsirkan 'study' mengandungi makna yang tersirat iaitu solat, tawakkal, usaha, doa dan yakin. Jika lima perkara ini sempurna dan syumul, maka insya-allah kejayaan berada di genggaman. Berikut merupakan beberapa teknik pembelajaran cemerlang. semoga ianya berguna dan dapat sama sama kita amalkan agar generasi yang bakal menerajui kepimpinan islam akan lahir kelak.... Insya-Allah.


1. Niat (kerana allah swt)

2. Berwuduk - sebelum memulakan study sebagai benteng daripada anasir luar sebagai pendinding, mudah memberi tumpuan

3. Kebersihan diri - mandi menjamin keselesaan

4. Tempat study - meja menghadap kiblat

5. Tertib - belajar berbudayakan peperiksaan 1/2 jam pertama sahaja ilmu akan masuk..
belajar dengan disiplin, tiada makan dan minum

6. Toma'ninah - berhenti seketika (10 minit)
- hilangkan stress dan mengantuk
- dengan cara mengambil angin dan melihat angin

7. Berjamaah @ study group - muslimah mesti ramai
- muslimin mesti sedikit
- tempat yg tidak menimbul syak pada org lain..bimbang menjadi fitnah kpd Islam


8. Berdoa - selalu berdoa & tambah usaha untuk subjek tidak diminati
- teruskan usaha untuk subjek yang diminati

** Hiasi lagi dengan berpuasa sunat dan solat sunat yang penuh keikhlasan**

Selamat Berjuang dalam Peperiksaan.. Ilmu meningkatan martabat ummah


dari seorang sahabat kepada seorang sahabat memberi kepada sahabat..kpd saya.. siapa jua pengkaryanya..moga sentiasa didalam kasih sayang Allah..izin.

Popular posts from this blog

6 pesanan untuk wanita

MUZAKAROH IMAN YAKIN

Hati dan Amal mu