Skip to main content

"Solat + Tawakkal + Usaha + Doa + Yakin = Kejayaan"


dari sekeping disket usang yg penuh dengan khazanah ilmu.. ku temui artikel ini..

Solat merupakan tiang agama. Solat juga merupakan paksi kejayaan dan teras kehidupan. Manakala study atau menuntut ilmu merupakan senjata kita untuk berhadapan dengan masyarakat yang lebih kompleks dan dunia pendidikan.
Kaedah study yang bagaimanakah penentu kejayaan diri, pengukur kematangan dan nilai intelek seseorang?

Jika diterjemah dan ditafsirkan 'study' mengandungi makna yang tersirat iaitu solat, tawakkal, usaha, doa dan yakin. Jika lima perkara ini sempurna dan syumul, maka insya-allah kejayaan berada di genggaman. Berikut merupakan beberapa teknik pembelajaran cemerlang. semoga ianya berguna dan dapat sama sama kita amalkan agar generasi yang bakal menerajui kepimpinan islam akan lahir kelak.... Insya-Allah.


1. Niat (kerana allah swt)

2. Berwuduk - sebelum memulakan study sebagai benteng daripada anasir luar sebagai pendinding, mudah memberi tumpuan

3. Kebersihan diri - mandi menjamin keselesaan

4. Tempat study - meja menghadap kiblat

5. Tertib - belajar berbudayakan peperiksaan 1/2 jam pertama sahaja ilmu akan masuk..
belajar dengan disiplin, tiada makan dan minum

6. Toma'ninah - berhenti seketika (10 minit)
- hilangkan stress dan mengantuk
- dengan cara mengambil angin dan melihat angin

7. Berjamaah @ study group - muslimah mesti ramai
- muslimin mesti sedikit
- tempat yg tidak menimbul syak pada org lain..bimbang menjadi fitnah kpd Islam


8. Berdoa - selalu berdoa & tambah usaha untuk subjek tidak diminati
- teruskan usaha untuk subjek yang diminati

** Hiasi lagi dengan berpuasa sunat dan solat sunat yang penuh keikhlasan**

Selamat Berjuang dalam Peperiksaan.. Ilmu meningkatan martabat ummah


dari seorang sahabat kepada seorang sahabat memberi kepada sahabat..kpd saya.. siapa jua pengkaryanya..moga sentiasa didalam kasih sayang Allah..izin.

Comments

  1. 7. Berjamaah @ study group - muslimah mesti ramai
    - muslimin mesti sedikit
    - tempat yg tidak menimbul syak pada org lain..bimbang menjadi fitnah kpd Islam

    -yang ni blh jelaskan x?

    -kenapa mesti muslimah ramai? klu sama2 ramai?

    -Islam syadid sampai mcm nie ker?

    ReplyDelete
  2. shukran..pada pendapat anta bagimana? anta lagi arif..ana kurang arif.. xpa, yg salah akan saya perbaiki..

    ReplyDelete
  3. 'afwan.. sye pun masih bljr lg. hanya sifat ingin tahu yg mendorong sye b'tanya soalan di atas.

    bagi sye x smstinya muslimin mesti sedikit, klu sama2 ramai pun & kene pada situasi dan kondisinya i'Allah x timbul fitnah2 ni.

    tempat semestinya pnting, seperti dewan kuliah, maktabah @ blk study.. tmpat2 cmni kbiasaannya xkan menimbulkan fitnah wlaupun muslimin lbh ramai drpd muslimah.

    contohnya dlm kita berorganisasi, time meeting kebiasaannya bilangan muslimin & muslimah adalah sama.. adakah ini dilarang? samalah klu kita study group...

    jgn kerana t'lalu syadid menyebabkan orang takut dgn kita.. bahkan nt Islam itu s'diri yg akan dituduh berfikiran sempit. wassalam..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..shukron atas ideanya..
    saya se7..memg benar muslimin x semestinya sedikit..
    cuma..izin ya saya menambah sedikit.. sama2 belajr kan..
    pd saya lah..tidak manis pada pandangan mata jika muslimah nya sedikit berbanding muslimin.. cth yg lain..seorang wanita itu kan pasti segan duduk didalam kumpulan yg ramai lelaki..malah dia mungkin tdk bisa memberikan idea2 yg baik..


    jika kita lihat dr sudut perkahwinan pun..seorang isteri cukup dengan seorg suami..tetapi seorng suami bole 4 isteri..
    tu kan tu..menunjukkan bilagan lelaki sedikit..

    ReplyDelete

Post a Comment

Hai Just leave your message

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...