Sentiasa Positif


“Masa itu Kehidupan” 

Setiap daripada kita mempunyai komitmen masing-masing dalam kerjaya, sebagai seorang peniaga. kakitangan awam ataupun sebagai suri rumah tangga. Hari- hari yang sibuk, menguruskan rutin harian, bekerja utk asbab rezeki, dari pagi ke petang sibuk & disibukkan dengan perkara2 dunia. Lalu bila masanya utk kita beribadah? Bagaimana nak jadikan pekerjaan kita ada nilai Ibadah? 

Pertama sekali, betulkan niat kita, untuk apa saya buat perkara ini?  Maka perlu lah kita niatkan kerana Allah Taala. Saya bekerja kerna Allah Taala, utk agama Allah Taala. Niatkan untuk infak kan harta untuk agama Allah, niatkan untuk bantu agama Allah, niatkan untuk bantu orang-orang keluar berjihad untuk agama Allah SWT. Harta yang  digunakan pada jalan Allah, tidak akan dihisab pada hari Qiamat. Dengan membetulkan niat kita, maka cara kita bekerja akan jadi betul. Sebelum pergi bekerja kita tunaikan perintah Allah. Hari kita bermula dengan Tahajjud kemudian Solat Subuh (berjemaah di Masjid) bagi lelaki. Mulakan hari bekerja dengan Surah Yasiin, Mafhum Hadis, sesiapa yang membaca surah Yasiin pada permulaan hari maka Allah akan mudahkan urusannya sepanjang hari. Kemudian, lihat cara kita berpakaian sebelum pergi bekerja , adakah ianya patuh syariat? Ada unsur fitnah atau tidak pada pakaian saya? Adakah pakaian ini menjadikan saya berasa megah? Maka seharusnya berpakaian lah mengikut syariat dan tidak bermegah-megah dengannnya. 

Seterusnya, usahakan untuk solat Duha, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebaik-baiknya 8 rakaat. Beberapa waktu setelah kita berkerja, kita nafikan usaha kita, masukkan kebesaran Allah. Sesungguhnya yang memberi rezeki itu Allah Swt. bukannya kerajaan kita, bukan pula majikan kita, bahkan bukan pula keringat kita, tapi yang beri rezeki adalah Allah. Pekerjaan kita hanyalah asbab. Dengan ada keyakinan seperti ini kita tidak menjadi hamba kepada pekerjaan. Dalam bekerja kita ingat Allah, menjadikan pekerjaan kita lebih teratur dan berkualiti, kerna kita yakin Allah sentiasa melihat apa yang saya buat.   

Kemudian kita hendaklah perhatikan waktu solat kita, bersedia lebih awal untuk solat Fardu. Sebaiknya ambil wudhu sebelum azan Dan duduk menunggu sambil berdzikir, dengan itu akan membantu kita lebih khusyuk dalam solat. Sebelum solat kita sudah ambil sedikit masa untuk melupakan seketika hal- hal berkaitan pekerjaan. Seletah kita balik dari bekerja pula , boleh la ambil sedikit masa untuk membaca al-Quran. Sebaik-baiknya kita khatamkan al Quran yang mungkin mengambil masa sejam Atau lebih, atau kita boleh duduk berzikir dalam keadaan yang khusyuk . Semasa bekerja pun kita boleh berzikir, namun lebih baik lagi diwaktu petang kita ambil masa untuk berzikir dalam keadaan yang khusyuk, sehingga badan- badan rasa rehat dan tenang. Selepas itu kalau rasa mampu untuk beriadah, maka teruskan lah... 

Pagi untuk Tuan maka Malam untuk Tuhan. Allah Rabbul Izzati... Berdoalah agar malam2 kita dapat dihiasi dengan amal ibadah setelah siang nya kita telah sibuk bekerja.  Semoga penulisan ini dapat membantu anda 🌹 

Popular posts from this blog

6 pesanan untuk wanita

MUZAKAROH IMAN YAKIN

Hati dan Amal mu