Skip to main content

Apa jawapan kita nnt?

Suatu kisah yang menjadi peluang keemasan buat kisah.Apa jawapan kita dihadapan Allah nnti?

Menjejaki masjid yg sudah 18tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.

Setelah mendapat laporan dr Imam Daerah Tongod, Imam  yg kami temui minggu lepas selepas solah jumaat di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yg 100% penduduknya telah dimurtadkan,

kelmarin(6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dgn menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad utk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod.

Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid.Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari  jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.

Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu.Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian.Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dgn perasaan sedih.

Setelah beredar dr masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yg ada 2 keluarga yg masih beragama Islam.Kami buat keputusan utk menziarahi mereka.

Pakcik Awang yg berketurunan Bajau dan mmg asal dilahirkan Muslim.Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.

Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurutnya...

Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di Kg Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia.
Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yg haq tidak menjalankan tugas mereka yg sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku di dlm ummat ini jika setiap ummat menjadikan diri mereka dae'i ".Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah yg mempertahankan imannya dr murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu2 di badanku, nescaya akan ku korbankan satu persatu utk agama Allah'.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae'i...... InsyaAllah.

Comments

  1. Assalamualaikum. Alhamdulillah nice entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hai Just leave your message

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...