Posts

Showing posts from April, 2012

~ Madu Mangkuk dan Rambut ~

Image
Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu bakarr.a, Umar r.a, Uthman r.a dan Ali r.a bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Alir.a, isterinya Sayyidatina Fathimah r.ha. putri Rasullullah SAW menghidangkanuntuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu . Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemuasahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga bendatersebut.(mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut) AbuBakar r.a berkata,”Iman itu lebih cantikdari mangkuk yang cantik, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, danmempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.” Umarr.a berkata,”Kerajaan itu lebih cantikdari mangkuk yang cantik ini,seorang raja itu lebih manis dari madu, danmemerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.” Uthmanr.a berkata,”Ilmu itu lebih cantik darimangkuk yang cantik ini, orang yang menu...

~ Yakin pada Yang Maha Kuasa~

Image
Abu Said ra. memberitakan daripada Nabi saw di mana baginda bersabda: "(Pada suatu hari) Nabi Musa as. berdialog dengan Tuhan: "Wahai Tuhanku, ajarilah aku sesuatu yang dapat aku sebutkan Engkau dan aku dapat pula memohon pada Engkau, dengannya." Nabi menyambung: "Tuhan menjawab: "Ucapkan La ilaha illallaah." Nabi Musa as. menyambung: "Wahai Tuhanku, setiap orang hamba Engkau mengucapkan ucapan ini (sama dengan mereka)." Allah SWT masih juga berfirman: "Ucapkan La ilaaha illallaah." Nabi Musa as. menyambung sabda: "(Wahai Tuhanku) sungguhnya aku inginkan suatu ucapan yang di khususkan bagiku." "Mendengar demikian Allah SWT pun menjawab: "Wahai Musa, seandainya langit langit yang tujuh dan bumi yang tujuh (lapis) diletakkan pada suatu daun neraca (timbangan) dan kalimah La ilaaha illallaah di letakkan pada suatu daun neraca, akan berat lagilah La ilaaha illallaah." (HR An-Nasa'i, Ibnu Hibb...

~ Ikhlas Niat kerana Allah SWT ~

Image
Diriwayatkan bahawa pernah terjadi musim kemarau di kalangan Bani Israil. Masuklah seorang fakir di depan pintu seorang kaya seraya berkata, “Berilah sedekah kepadaku dengan sepotong roti untuk mencari redha Allah SWT.” Puteri dari orang kaya itu keluar membawa roti yang masih hangat dan diberikannya kepada orang fakir itu. Lalu datanglah orang kaya yang celaka dan dipotongnya tangan puterinya. Lalu Allah SWT merubah keadaannya dan menghilangkan semua hartanya. Jadilah dia fakir dan meninggal dalam keadaan hina. Sedang puterinya berkeliling dari pintu rumah ke pintu yang lain dengan meminta-minta. Dia seorang gadis yang cantik jelita. Suatu hari gadis itu datang di depan pintu seorang lelaki kaya. Keluarlah ibu lelaki itu dan dia memandang puteri itu dan memperhatikan kecantikannya serta menyuruhnya masuk ke dalam rumahnya. Dia merasa tertarik dan ingin mengahwinkan dengan anaknya. Setelah dia mengahwinkannya, dia menghiasinya dan menghidangkan di hadapannya sebuah hidangan pa...

~ ..Muliakan..~

Image
RASULULLAH SAW DENGAN SEBIJI LIMAU Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.  Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu ...

~ zikir..ingatlah Allah..hati hati akan menjadi tenang ~

Image
Beberapa hadith yg menyatakan fadhilat berzikir: RasululLah saw bersabda: Allah swt berfirman: "Ketika hambaKu mengingatiKu dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu dalam suatu kelompok, maka Aku mengingatinya dalam kelompok yg lebih baik dari kelompoknya. Jika dia dekat kepadaKu sejengkal, maka aku dekat kepadanya sedzira'(satu lengan). Jika ia dekat kepadaKu sedzira', maka Aku mendekati kepadanya sedepa. Jika dia berjalan kepadaKu maka Aku berlari kepadanya." RasululLah bersabda: "Tujuh golongan dinaungi Allah dalam naunganNya pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya. Diantaranya adalah lelaki yg berzikir kepada Allah di tempat sunyi lalu kedua matanya berlinangan kerana takut kepada Allah." RasululLah bersabda: "Allah SWT berfirman: "Siapa sibuk mengingatiKu dari meminta dri Ku, maka Aku beri dia lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang-orang yg meminta." Dari A'masy, d...

~ Membersihkan Hati dengan Solah ~

Image
 Hadith Sahih mengenai solat Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"H.R.Attabrani Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"H.R.Attabrani Rasulullah s.a.w bersabda : "S...

~ pewaris usaha atas iman ~

Image
~ ..alunan zikir dan kalimah Allahuakbar membasahi bibir menanti kehadiran bakal daie.. ~ ~ setiap saat berdoa, berdoa dan terus berdoa agar daie ini selamat dilahirkan ke bumi Allah~ ~ disaat wayar2 oxygen menerobos ruang pernafasannya si ummu berusaha berusaha dan terus berusaha untuk melahirkan pejuang Islam itu ~ ~ dengan izinMu ya Allah.. izinkanlah daie lahir kedunia ya Allah.. dalam keadaan apa pun.. andai nyawa ini bisa mengantikan dirinya hamba redha.. izinkan hambamu ini memberi umat Nabi SAW ke alam ini.. doa si ummu dalam hati kecilnya..~ ~ tawakal, tawakal dan terus tawakal sehingga mata ummu tertutup dan terus tertutup~ ~menyerahkan segala2nya kepada Yang Maha Kuasa~ ~ alhamdulillah.. lahir seorang hamba Allah.. yang InshaALLAH akan di didik dengan cara Islam.. Sunnah.. menjadi pewaris usaha nabi dan menjadi seperti para sahabat2 nabi.. seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khatab, Saad Al Waqas.. Saidina Ali.. dan lain2 para sahabat.. Semoga m...