Skip to main content

Muslimah & .......

(",) di copy and paste dari http://wewr.blogdrive.com/archive/51.html

Salam


Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?


Muslimahku,Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan."

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.


Muslimahku. Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda....Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!PenyelesaiannyaAndalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu. Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja. Wallahu A'lam.Peringatan juga buat diriku yang sering lupa...

Comments

  1. “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”
    Yang dimaskudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.
    Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.
    Menyertai frienster tidak semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.
    Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

    ReplyDelete
  2. saya bersalah atas tuduhan tersebut yang arif.

    dalam usaha pemulihan

    kami perempuan lemah

    ampunkam kami ya allah~

    ReplyDelete
  3. Ridzuan: syukron hadithnya..
    ukhti aishah: inysyaAllah..

    sama2 saling merperingat satu sama lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hai Just leave your message

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...