..wanita bertudung hitam..


aku terus memandang wanita bertudung hitam dihadapanku.. ahh ada lapisan kain menutupi mukanya.. tapi dari matanya aku tahu kakak itu cantik. tetapi siapa dia? kenapa kebelakangan ini dia selalu ada disurau ini..disini kan cuma kanak-kanak yang mengaji.. ahh mungkin dia ustazah.. bermacam- macam persoalan dan telahan datang silih berganti..

Khumaira..Khumaira.. ku dengar namaku disebut.. 'ayuh! Giliranmu..anak kecil ini mimpi terus..' ku jadi gelabah kerna belum sempat melancarkan bacaanku..pasti rotan milik pak ustaz singgah lagi ke lenganku.. 'basaa~na.. banaa~ na .. zap.. aduh.. suda dijangkakan.. 'masak bayaa~ na jadi banana.. mimpi lagi..'

ustaz mula membebel.. 'kamu ini bagaimana? teman-temanmu uda masuk Iqra 5, kamu masih Iqra 2.. sehari baca satu muka.. ustaz uda mau kembali ke Makassar ni..' sayu suaranya..
aku jadi sedih teramat.... kenapa lah aku sangat lembap sangat baca Iqra ni.. '

Pak Ustaz.. maafkan saya..saya betul betul mahu pandai mengaji Quran.. tapi di rumah saya mesti belajar bahasa inggeris setiap waktu.. banyak lagi buku cerita Inggeris yang papa belikan saya belum baca'..aku mula menangis.. ku dengar Pak Ustaz beristigfar.. disudut yang lain, kakak itu memerhatikanku..

..........................................................................................................................................................................
'Maaf Pak Ustaz.. lambat.. tadi ada tuisyen' aku tunduk.. takut memandang wajah ustaz.. mujur ustaz tidak marah namun dia meminta diri untuk solat sunat.. solat sunat pagi-pagi.. apa ya nama solat itu.. aduh.. cepatnya lupa.. selalu ustaz akan solat sunat itu awal.. tapi kali ini lewat..mungkin tadi banyak kanak-kanak datang mengaji..'

'nak..minggu depan kamu ngaji sama Ustaz Zairi ya.. Ustaz harus kembali ke Indo. uda lama ngak ketemu isteri dan anak' ... aku mengangguk.. aduh.. Ustaz Zairi lagi kutakuti.. tambah lagi bahasanya itu ku susah nak faham.. Mama kata dia orang Jawa..
selesai mengaji aku menghampiri ustaz..'Pak Ustaz kakak yang duduk di situ tu tunggu siapa?'
'oo Sumayyah.. kak sumayyah mu menunggu teman-teman usrohnya'..
'Usroh?ooo'..
'Pak Ustaz!..' Pak Ustaz menoleh .. 'kenapa nak?'
'saya akan belajar mengaji betul-betul.. nanti bila dah besar saya mahu jadi ustazah..boleh saya ajar kanak-kanak mengaji.. nanti Pak ustaz boleh jumpa anak Pak Ustaz selalu..
Pak Ustaz tersenyum.. ku menoleh melihat kakak bertudung hitam itu.. dari matanya aku tahu dia juga tersenyum.. minggu depan aku mesti ajak dia bercerita.. dia mesti seorang yang baik.. dan aku mesti tahu tahu kenapa dia menutup mukanya..

..........................................................................................................................................................................

Mengaji dengan Ustaz Zairi, tidak sesukar yang ku fikirkan. namun aku lagi suka Ustaz Muktamar..
'Ustaz.. Kak Sumayyah tak datang surau ka hari ni?' aku beranikan diri bertanya..pasti Ustaz kenal juga pada dia..
'Sumayyah kan uda berangkat bersama abi nya, Ustaz Muktamar ke Tawau sebelum kembali ke Indonesia.. Lagi beberapa minggu dia akan kembali ke Pesantren.. Dia datang kesini cuma sebentar bersama pamannya untuk mengkhabarkan sodara laki-lakinya yang belajar di Cairo akan kembali ke Indonesia bulan depan'..

Kurasakan semangatku untuk belajar mengaji pudar. Kenapa Pak Ustaz tdk bilang dia tdk akan kembali lagi kesini..'usaha menjadikan surau ini menjadi sekolah pondok gagal' ..'kembali dari Cairo' ..'Pesantren'.. 'puteri Ustaz Muktamar' ......... ahhhh susahnya memahami bahasa orang dewasa...

'kamu yang namanya..Khu..khumaira kan? nah ini dia buat kamu dari Mbak Sumayyah'..
Ha??

Sekeping warkah itu ku pegang erat.. panjang tulisannya.. seperti Kak Sumayyah itu orang yang peramah.. bercerita tentang itu dan ini.. tentang pesantren dan impiannya ke Cairo. Impian yang mustahil katanya..namun dia tidak pernah berputus asa. Dan motivasi itu dia peroleh dari 'anak kecil yang gigih mempelajari Quran. Sesuatu dari Malaysia yang dia akan bawa ke Indonesia..

aku membelek buku-buku yang dihadiahakan Kak Sumayyah.. ku kira itu buku orang-orang dewasa.. simpan saja. sampai saatnya akan ku baca...

..........................................................................................................................................................................

'tahniah dan selamat hari lahir khumaira'.. ucap dari sahabat baikku Yati..
'terima kasih.. ermm esok aku dah nak masuk asrama, apa kata malam ni tido kat rumah aku.. kita bukak hadiah sama-sama.. nanti biar aku yang bagitahu makcik'..
'ok'..
'jom ar bukak.. nak buka hadiah yang mana dulu..'
'aku nak bukak hadiah ko dulu.. hahahah cepat cepat..'
'ala tuala muka ja?' hehehe tima kasih..
'eleh.. bila ko dah sampai Toh Puan nanti ko guna lah tuala tu masa tido.. ko kan asal tido turun air liur berliter liter..hahahha'
' jahatlah ko.. tapi betul gak..hehehe..'
'aku nak tgk satu hadiah yang lama.. haa ni dia .. buku buku ni lah aku cakap hari tu..
Taranum.. Tajwid..

eh.. ada nota..

Ku tujukan buat 'anak kecil'..

Adikku Khumaira,
saat ku lihat 'anak kecil' itu bersungguh meraih ilmu Quran.. hatiku jadi terusik.. cepat benarku mengalah kepada kekurangan diri.. sirih sekali kurasakan.. namun setinggi mana impian dan hajatku, biarlah Allah yang menilai..

Ku hadiah buku ini buatmu.. agar dirimu dapat menyambung hajatku kerna tekadmu yang tinggi itu.. Taranum dan Tajwid .. Buku ini pasti berguna dalam pengajianmu nanti..

Dalam sayang dan kangen dari insan yang bisu...
-Mbak Sumayyah-


Ya Allah..aku telah silap menilai seseorang insan yang lemah.. diam itu bukan bererti dia sombong... tapi..





Popular posts from this blog

6 pesanan untuk wanita

MUZAKAROH IMAN YAKIN

Hati dan Amal mu