Skip to main content

Jalan yang gelap..


Bismillahirrahmannirahim..

"Jangan pilih jalan yang gelap".. kalau x silap itulah kata2 dari Filem Bohsia 2009.. Hati tertanya begitukah kehidupan diluar sana? benarkah atau lakonan semata-mata? Namun bukan itu persoalan yang akan dibincangkan..

Persoalan sebenarnya, adakah ibu bapa @ keluarga yang menjadi punca masalah akhlak dalam kalangan remaja?

Kisah 1

Sepertimana watak dlm cerita itu, perbuatan si ayah mendorong anak menjadi liar kerana dia merasakan tidak punya harga diri lagi.. watak yang lain pula perbuatan ibu mendorong anak menjadi gadis yang kurang beradab walaupun si ibu tidak pernah mengharap anak gadisnya menjadi seperti itu..


Kisah 2

"Mar x sangka Yul sanggup buat macam tu. kita perempuan dan dilahirkan Hawa itu untuk menjadi pasangan kepada kaum Adam bukan sesama kita" marah Mar pada Yuliana
"Apa salah Yul? salahkah bercinta dengan perempuan ha? air matanya mula bergenang..
" tu semua berdosa... ingat Allah byk2"
" ya Yul tahu berdosa.. tapi Yul x buat spt apa yg mereka tuduh. Yul waras lagi.."
"jd untuk apa couple dengan perempuan? couple2 dgn lelaki pun salah, apatah lg pmpuan" Mar memujuk..
"sebab Yul benci lelaki.. aku benci!!!" airmata ayunya mula menitis..
"kau x tahu Mar, apa yang ayah aku, abg abg aku buat kat aku.. kau x tahu kan?"..
"dorg layan aku ni mcm aku ni lelaki. semua keja lelaki aku buat.. aku yang tolong mak aku buat kerja kerja berat.. dan aku menjadi tempat panas baran mereka.. aku ditumbuk terajang seolah2 aku ni bukan perempuan..dorg yg buat hati aku jadi seperti lelaki.." luah Yuliana dengan teresak esak..


Diatas adalah antara senario2 yang mungkin berlaku dalam kehidupan sebenar..
Dalam satu ceramah Ustaz Das'ad, beliau mengatakan ada beberapa punca remaja sukar dikawal...
1) Punca rezeki:

Antara punca anak-anak sukar dikawal adalah disebabkan, wang haram digunakan untuk membesarkan anak-anak. Misalnya wang dari pekerjaan yang ditegah agama atau wang rasuah. Anak-anak guru mengaji contonhya , rata-rata tidak ada menjadi penzina atau perasuah..kerna wang halal yang masuk kedalam darah mereka..Berkah halalan toyyiban.. hidup dalam ketenteraman..

2) Doa:
Bagaimana boleh mengatur anak-anak, jika tidak pernah di doakan?
Doa seorang ibu bapa itu sangat mustajab. Sepertimana doa yang diajarkan kepada Nabi Ibrahim a.s " Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku ( seorang anak) yang termasuk seorang yang soleh" (Surah As-Saffat:100)

Antara doa yang lain:

" Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Mu seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa." ( Surah Ali Imran: 38)

"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi." ( Surah al-Anbiya':89)

Mengapa ibu bapa mesti mendoakan anak anak mereka? kerana hidayah itu datangnya dari Allah swt.. kunci hati ada pada Allah..

Ibubapa juga haruslah mengelakkan mengeluarkan kata kata makian kepada anak-anak, kerna ada satu saat tanpa kita sedari apa yang terkeluar dari mulut orang tua itu sangat makbul. Byk kisah pada zaman khalifah ar-rasyidin atau nabi nabi terdahulu tentang makbulnya doa ibu.. I hope i can share it later on.

Saya masih ingat kata kata seorang pensyarah saya.."Bilamana kita dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah.. jangan teruskan menjadi seseorang yang juga bermasalah. Andalah yang harus hentikan kitar hidup itu. Bina generasi yang baru!".. dan kata-kata itu juga sering saya gunakan tatkala menasihati adik-adik, pelajar-pelajar dan sahabat-sahabat saya. saya tidak sanggup melihat anak-anak didik mahupun mereka yang ada disisi saya memilih jalan yang salah kerana mereka lahir dalam keluarga yang bermasalah.. kerna sebenarnya, itu adalah satu ujian dari Allah.. Ujian itu tarbiyah.. ujian itu tanda Allah sayangkan kita..






Comments

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...