Perkahwinan itu Ibadah



Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.


Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:


"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”

(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)


Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai & suami sebagai pemimpin


Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.


Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.


Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:


"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya"(Al-Baqarah : 228)

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka"(An-Nissa’: 34)


Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam. Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im.


Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini..


Sumber: Mahligai Dakwah

12 comments:

  1. salam...ulama bg tahu,saya dalam perkahwinan x bawa sunnah,,maka natijahnya,,,zuriat2 yang dilahirkan tidak ada kekuatan untuk taat perintah Allah.

    ReplyDelete
  2. slm...di mana yang kamu tidak pahamnya....hu3

    ReplyDelete
  3. salam...2lah org kata, perkhwnan itu bukan mudah.... oleh sbb itu bila dah ada zuriat sendiri, kitala yg akan mencoraknya...ssghnya, jika corak yg dilukis itu berlandaskan hukum Allah, insyaAllah zuriat2 yg dilahirkan mpy kkuatan utk taat kpdNya...w/hu'alam..

    ..:: sekadar ingin memberi pendapat ::..

    ReplyDelete
  4. salam kak.... xlm lg akak akan bgelar istri org.... heee... smoga bbhgia ke akhir hyt..

    ReplyDelete
  5. ya enti betul..
    Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:
    “Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”

    ReplyDelete
  6. article yg menarik..

    just want to know..

    who are u?

    ReplyDelete
  7. slm..owh mcm tu,,,mcm nie kak,,kn dalam perkahwinan ada sunnah2 tertntu kan...bila sunnh nie di abaikan,maka natijahnya/kesannya apabila zuriat yg dilahirkan ,,,tiada kekuatan untuk taat perintahnya....

    pengajarannya
    1.jgn abaikan sunnah
    2.sunnah adalah cara yang paling terbaik
    3.amalkan cara sunnah,maka kita akan disukai Allah
    4.dalam sunnah Allah letakkan kekuatan pd pengamal dan ketakutan kepada org yang melihat...

    boleh insyaAllah

    ReplyDelete
  8. buat anak pendang sekeluarga..
    shukron.. benar.. amalkan sunnah 4 everything we do..inshaAllah.. doakan jg..

    buat terry bogart..
    jzklh..iya..tapi untuk apa ya?

    ReplyDelete
  9. salam kak...kak, akak ada bc online metro x hr ni?

    http://nursadiqah.blogspot.com/2009/05/anak-derhaka-kerana-miskin-didikan.html

    ReplyDelete
  10. assalamu'alaikum...entri yang bagus....moga bermanfaat bagi kita semua...

    ReplyDelete
  11. Semoga kita dapat keberkatan dalam mendirikan baitulmslim kerana Allah dah berfirman wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik... berusahalah untuk menjadi seorang yang soleh/solehah dan jaganlah berhenti berhajat untuk menjadikan keluarga kita sebuah keluarga yang soleh/solehah dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.. i'Allah disitu ada kekuatan jika kita mengetahui.. Allahualam

    ReplyDelete