Mungkin yang terakhir..
Bismilah Ar-rahman dan Ar-rahim.. Alhamdulillah dengan izinNYA diri ini masih diberi kesempatan untuk menulis.. sudah tujuh hari berlalu, semenjak nenda kembali kerahmatullah.. dikampung, mama dan sanak saudara sedang sibuk mengemas rumah dan berehat setelah tujuh hari membuat sedikit kenduri tahlil.. kenduri kecil-kecilan sahaja..berupa kudapan..begitulah adat dikampungku.. hati ini kadang sedikit terharu juga kerna tidak bersama2 dengan nya saat dia dimandikan,dikafankan dan diusung ke tanah perkuburan.. teringat ketika dia masih sihat walafiat, entah kenapa kami berbicara..dia meminta diriku belajar ilmu pengurusan jenazah.. dengan jenaka diri ini menjawab.. "dah master dah ni nek, tgal nak praktik ja" dia hanya tersenyum dan berbicara semula dengan loghat bajau "alap no bege..sanang atai mun ngemban" sambil memandang rimbunan pokok2 ubikayu dibelakang rumah.. saat itu diri ini mengerti bahawa dia mengharapkan kamilah yg akan melaksanakan semua itu untuk diri...