Kepulangan..


Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang.. masih terlalu awal untuk 'check in' detik hatiku..lebih baik main puzzle sekejap..tiba-tiba bahuku dicuit..ku menoleh..rupa-rupanya seorang budak cina berusia 4 tahun, tersengih-sengih memandangku..segera ku bermain-main cuit-cuit bersamanya..dia kelihatan terhibur..tanpa kusedari dua pasang mata mengekori telatahku..merasakan diri diperhatikan segera ku mendongak..sepasang suami isteri berbangsa cina..oo mungkin 'parent' budak yang comel ni..segera kusapa.."ni hoa ma, uncle, auntie" mereka hanya tersenyum..segera ku meminta diri utk 'check in'..


Bosannya travel seorang diri..seronoknya jika bersama teman-teman balik ke kampung halaman.. monolog terhenti bila mendengar sapaan pramugari..hati sedikit terkejut..buat pertama kali nya di tanah airku ku lihat pramugari sesopan ini..ku cubit lengan kiri terasa sakit..bukan bermimpi.. dia hanya tersenyum..


menunggu..
diruang boarding ku bertemu lagi kanak-kanak itu.. kali ini dia menarik2 beg ku...hya satu perkataan shj ku mengerti dari pertuturannya.."kakak.."


kakak.. that aeroplane..beautiful..dia menunjuk kearah lapangan..
ku menoleh.. subhanallah.. ..memang cantik..
tiba-tiba ku jadi cuak..eah dah pukul 7 .10 pm.. flight kul 7.30 pm..ea.. means that..ni lah flightnya..astagfirullah ku salah airport ke?? alamak..ku teliti ticket ditangan.. betul dah ni..
ermm kapal baru kot..ada juga kapal kat sini warna hijau ya..biasa naik warna merah MU ja..hukhuk..


" perhatian kepada penumpang-penumpang flight SS2424 ke Kota Kinabalu, sila beratur di pintu no 12, kepada pemegang 'Fast Boarding', warga emas dan ibu-ibu yang membawa bayi sila beratur di pintu 11" kedengaran satu announcement..
segera ku mengatur langkah..


***

Ku memilih tempat duduk seperti yg tertera pada tiket. 10C..berada diruang laluan..Alhamdulillah senang sikit nak pi toilet..sejurus selepas itu seorag wanita member salam.. ku menjawab dan tersenyum, dia menunjukkan seat number dan segera mengambil seat disebelah ku..salam dihulur. Kmi bertaaruf .. perbualan terhenti apabila tangan milik seseorang memintas dihadapanku..ku mendongak..urpp apsal pulak mamat ni hulurkan salam..terkesima seketika lantas. kudakap tangan kedada ..
dia bersuara.. “aku nak tmpang lalu ja”..bukannya nak salam..kami segera berdiri memberi laluan kpdnya..isk malu betul..nak duduk cakap aja lah terang2..ni guna body language..siapapun boleh salah tafsir..gerutu hatiku..
kedengaran suara-suara memberi salam..oo rupa-rupa ku sepesawat dengan satu rombongan pelajar yg mengikuti program kembara sufi ke KK.. bagus betul budak2 ni..betul2 terdidik dan terjaga.. ku perhatikan gelagat mereka satu persatu..tapi sipi-sipi lah..bukanlah tgk terang2..hukhuk kang nanti kena tazkirah pula..isk x menjaga betul mata ni..hati beristigfar seketika..
seperti biasa sebelum berlepas..seorang pramugari akan mengumumkan destinasi dituju..alhamdulillah .dah confirm lah ni p KK. Bukan apa teringat peritiwa didalam flight semasa balik bercuti raya tahun lalu dalam penerbangan ke KL…dua orang penumpang, seorang Filipinos seorang lagi Chinese . masa tu x ramai penumpang lagi yang naik..so dua orang uncle ni pun berdebat. Seorang kata flight ni ke Clark.seorang lg cakap.. “No..no..no.. this flight to Kuching!!”.. ku yang duduk berhampiran turut confius..mujur seorang gadis serba merah datang menenangkan keadaan.. kedua2 uncle tu pun segera turun utk naik kapal yg betul selepas mdgr penerangan gadis itu.. moral of the story..kalau dah tahu 2 @3 kapal akan berlepas dalm masa yg sama..pasang2lah telinga.. itu xpa lagi..if main duduk terus lelap..Confirm sampai ke Surabaya..begitu lah kisahnya..
selang beberapa minit kelihatan seorang pramugara pd perkiraanku usianya awal 30 an, mengambil tempat diruang hadapan..ermm kapten ni..bisik hatiku.
“assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peumpang SS2424 ke KK, sebelum memulakan perjalanan marilah kita sama-sama mebaca doa agar perjalanan ini selamat tiba ke destinasi”.. bicaranya dengan loghat Sabah yang jitu..
terasa tenangnya perjalananku kali ini..
tapi mata sukar kulelapkan..org sebelah dah lama terlelap.. teringat pertanyaannya tadi tentang urusan pernikahan ku.. “ bakal suami satu jemaah juga ke?” soalan yg kerapkali kuterima tatkala mengkhabarkan pernikahkanku kepada teman-teman seperjuangan..
tiada jawapan ku berikan.. kerana mereka punya jawapan.. (kalau satu jemaah mesti mereka kenal..huhu adakah insan sejemaah nak kat diri ini?? Aturan Allah adalah yang terbaik.. siapapun dia..pasti dia tercipta untukku..)
ermm tapi pada dia perlu ku menjawab.. Lama ku berfikir..bila nak jawab dia dah terlelap..mungkin keletihan kerana berbadan dua.. hakikat seorang wanita bila nak bersalin mesti disisi suami atau ibu sendiri.. huhu rindunya kat mama..x sabar nak sampai..mom..i'm coming..



to be continue..

sumbangan nukilan: sahabat biru

Popular posts from this blog

6 pesanan untuk wanita

MUZAKAROH IMAN YAKIN

Hati dan Amal mu