Perhiasan Duniawi..


Wanita dalam naungan Islam tidak dinilai sebagaimana menurut kalangan lain-sebagai najis yang harus dijauhi. Tetapi Islam mengangkat wanita hingga ke puncak kemuliaan dan menilai pernikahan sebagai nikmat Allah atas para hambaNYA.

Allah menjadikan kaum Adam dan Hawa saling memerlukan, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Sepertimana firman Allah didalam yang bermaksud:

“…mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun pakaian bagi mereka…” (QS Al-Baqarah: 187)

Kita seharusnya bersyukur dikurniakan pasangan penyedap dimata, penenang dihati. Diantara rasa syukur dalam nikmat ini adalah mencari pasangan yang memelihara agama dan hak-haknya serta menjaganya iaitu dengan mengikuti perintah-perintah Nabi SAW baik dalam memilih isteri mahupun suami. Nabi SAW bersabda:

“ Wanita itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya; maka pilihlah wanita yang taat beragama, niscaya kamu beruntung” (HR Bukhari)

“ Dunia hanyalah perhiasan dan tidak ada dari sedikitpun dari perhiasan dunia lebih utama daripada wanita yang shalihah”( HR Muslim)

Petikan: Abu Hafsh Usamah bin Kamal bin ‘Abdir Razzaq ( Panduan lengkap Nikah, Pustaka Ibnu Katsir”.


Popular posts from this blog

6 pesanan untuk wanita

MUZAKAROH IMAN YAKIN

Hati dan Amal mu