Skip to main content

Jawapan kepada persoalan: Hukum Persandingan..


Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan salam perjuangan..alhamdulillah, dikurniakan sedikit kelapangan untuk berkongsi ilmu bersama sahabat-sahabat sekalian..ketika meraih ilmu untuk persediaan duniawi dan ukhrawi, akhirnya kutemui jawapan kepada persoalan lalu..

Hukum-hukum Islam berkaitan persandingan..

1.Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5:Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan” dan Surah Yunus: 107: “Dan jika Allah menimpakan kemudaratan kepada kamu maka tiada yang menghilangkannya kecuali dia (Allah) dan jika dia hendak mendatangkan kebajikan kepadamu, maka tiada yang dapat menolak kurniaNya itu. Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

2. Membaca Jampi mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan diatas.


3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis:

HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud:

"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab: 33

"Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu."

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.


** inilah hakikat pernikahan yang sebenar...saya sendiri tidak pasti bagaimana majlis pernikahan saya kelak..buat masa ni, banyakkan berdoa agar semua urusan dipermudahkan..sukar sekali orang yang belum berumahtangga berkongsi hal-hal begini..mungkin takut diri sendiri tdk mampu melaksanakannya nanti..begitu juga saya..tapi inshaAllah semoga terus beriltizam..setiap kata-kata diuji..itu saya percaya..semoga Allah membantu hamba-hambaNya**

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

Sumber: http://www.geocities.com/isazalii/ruang_agama/hukumbersanding.htm

Comments

  1. assalamu'alaikum, semoga setiap apa yang kita lakukan agar sesuai dengan syariat yang benar, begitu juga dengan umat ini, hidup dengan tuntunan syariat yang benar, mari kita berjuang untuk tegaknya Dinul Islam ini. Allahuakbar...

    ReplyDelete
  2. ntahlah..kemahuan mereka terlalu kuat..terlalu berpegang pada adat.... orglain gembira meniti gerbang pernikahan..sedang diriku..sugul..
    ujian ini ter

    ReplyDelete

Post a Comment

Hai Just leave your message

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...