Skip to main content

" The cocoon"


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kisah kepompong rama-rama.Minggu ini merupakan minggu terakhir group presentation bagi kelas Method of Teaching Chemistry. Selama 7 minggu memberi komitmen yang tinggi dalam mendengar, mengulas dan memberi komen terhadap anak-anak didiknya, pada hari kejadian..dengan tulus hati pensyarah saya berkongsi sebuah slide show yang bertajuk “ The Cocoon”. Walaupun pada masa itu mata sudah mahu menutupkan kelopaknya dengan otak yang agak saturated, masih mampu menghayati seadanya..

Saya pasti semua orang tahu maksud cocoon iaitu kepompong atau selalu disebut pulpa..(kepompong untuk rama-rama)..tersebutlah alkisah pada suatu hari seorang lelaki membuat kajian terhadap kepompong rama-rama. Di sebatang pokok bunga yang cantik, disebuah taman yang indah ( lokasi kejadian sebenar tidak dapat dipastikan)dia telah menemui satu kepompong yang sedang berada dalam proses untuk melengkapkan kitar metamorfhosis. Pada ketika itu, sang ulat telah pun berada didalam kepompongnya. Lelaki tersebut menunggu dengan sabar untuk menunggu sang ulat didalam kepompong itu keluar dan bertukar menjadi sang rama-rama yang cantik. Jam berganti jam, lelaki itu setia menunggu. Sehingga satu saat dia melihat kepompong itu bergerak-gerak sepertinya sang ulat hanya beberapa saat lagi bisa menjadi rama-rama..namun itu tidak semudah yang disangka..sang ulat masih bekerja keras dan berusaha mengeluarkan didrinya dari kepompong tersebut.. lelaki itu berasa sangat kasihan terhadap sang ulat yang berusaha keras mengoyakkan kepompong itu..maka dia dengan perasaan ingin membantu mencapai gunting dan mula membantu sang ulat keluar dari kepompong itu..yaaa..usahaku berjaya…detiknya didalam hati..dan dari kepompong itu muncullah sang rama-rama yang sungguh cantik lagi mempesona..Subhanallah kejadian Allah yang Maha Pencipta..

Namun begitu, sang rama-rama tersebut tidak juga berganjak untuk terbang dari pohon yang diduduknya (tempat kelahirannya). Sekali sekala dia mengibaskan sayapnya namun ia tidak juga mahu terbang..si lelaki menunggu lagi namun sedihnya sang rama-rama yang cantik enggan terbang jauh..

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..tahukah kamu mengapa sang rama-rama enggan untuk terbang???

Ia bukannya sengaja untuk berada dekat dengan si lelaki yang menbantunya..tetapi hakikatnya..dia tidak mampu terbang..bahkan untuk mengibarkan sayapnya pun ia tidak mampu..mengapa? sahabat-sahabatku sekalian Allah menjadikan sesuatu dengan proses yang lengkap..sama seperti manusia..daripada segumpal darah..membentuk seketul daging..lalu ditiupkan ruh.. begitu juga dengan sang rama-rama tadi..pada saat ia bekerja keras untuk mengeluarkan dirinya dari kepompong, ia sebenarnya mengalirkan bendalir yang terdapat pada badannya untuk meresap keseluruh bahagian sayap..dengan bendalir itu sayapnya yang cantik mampu membawanya terbang jauh di alam yang indah.. tapi sayangnya..si lelaki telah mempercepatkan prosesnya tanpa mengambil tahu kesan tindakannya itu menyebabkan si rama-rama bukanlah rama-rama yang bebas berterbangan di taman yang indah..

Hakikatnya kita didunia..berpada-padalah dalam membantu..membantu dengan kepastian bahawa akan menjayakan sesuatu itu dan bukanlah menggagalkannya..kisah ini merupakan satu analog yang baik buat kita sebagai seorang teman, kakak, abang, pendidik , pengasuh dan sebagainya..

yang baik itu dari Allah, yang buruk adalah kelemahan saya sendiri..wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...