About my Blog

Don't believe everything you see

Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam Dalam Pernikahan

“Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. bermula dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.

Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan.

Misalnya..Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Mesjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? …Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.”

selepas membaca artikel ini (sumber “Mahligai Dakwah” milik seorang ukthi) terlintas dihati saya..bagaimana majlis pernikahanku kelak..adakah dia berlandaskan syariat yang sebenar atau tidak..dalam halaqah saya bertanya kepada murabbi hal-hal yang berkaitan tentang persandingan dan pernikahan..dan jika dulu pergi ke library hanya untuk hal-hal berkaitan akademik..kini, ada agenda lain perlu saya buat iaitu menjenguk keruangan buku “pernikahan, rumahtangga muslim dan sebagainya”..kadang-kadang beberapa orang pelajar tersenyum sinis kearah saya yang ligat membaca buku tentang rumahtangga..(yalah..masih belajar dah sibuk-sibuk nak tahu urusan kahwin..)

kenapa saya sibuk-sibuk ea? Penting ka tahu semua tu?..

ya amat penting bagi saya..kepulangan saya dalam masa yang terdekat kekampung tercinta kali ini,, terasa amat berat..bukan berat hati..tapi terasa beratnya berhadapan “mereka” untuk menjelaskan mengapa persandingan itu tidak wajar dilakukan..

“alaaa..anak ustaz pun bersanding..xda masalah problem pun..” ..saya hanya terdiam mendengarnya..dalam hati( nak jawab apa ya)..lebih baik diam..nanti bila jawab, dikata melawan cakap orang tua-tua pula..iya..diamku bukanlah bererti terus megiyakan kata-kata itu..Cuma kurang sesuai untuk saya jelaskan didalam telefon….

Saban hari mencari kekuatan itu..semoga Allah permudahkan urusanku..mohon sahabat2 doakan ya..

2 comments:

crescent said...

Subhaanallah bagus bgt isi sitenya..

salam kenal dari http://arzaku.blogspot.com dan http://klik-software.blogspot.com yah.....

Nashiyah... said...

Assalamu'alaykum, aduh..akhi hilal udh nyampe sini to? :) untuk ukhti, sebelum menikah kita memang perlu tahu hakikat ttg pernikahan itu sendiri. jangan sampai menjadi masalah nantinya setelah menikah hanya kerana kurang faham. tetap semangat dan teruskan perjuangan..

Post a Comment