Skip to main content

Awan mengikuti orang yang bertaubat..


Alhamdulillah, saya tiba-tiba sahaja teringat tentang satu lagu yang bertajuk “Epilog Silam” dari kumpulan Haikal...jatuh hati pada lagu sejak mengikuti satu kursus kolokium anjuran ILIM dan JAKIM Sabah di Bangi. Setiap rangkap dalam liriknya, membawa hati saya bersama. Terasa amat sayu dihati..

Dalam mengenang kisah hidup silam..ku sedar dari kesilapan lalu..Tuhan beratnya dosa-dosaku..masihkah ada ampunan buatku??”

Seringkali masa silam hadir dibenak walau cuba ku lontar jauh..kelopak mata akan berair serta merta..sedih yang amat sangat menusuk kalbu..Apakah sudah terampun dosa-dosaku yang lalu??

“Tuhan dalam menempuh hidup ini … banyaknya dugaan datang menguji..Tuhan.. ada yang dapat ku gagahidan ada yang gagal ku hindari..”

Hidup ini memang penuh dugaan dan ujian..Bukankah semua itu tarbiyah daripada Allah?

Allah berfirman dalam (Surah Al-Mukminun: 115-116)….Ayat ini bermaksud , bahawa Allah menciptakan manusia bukan sekadar main-main dan yang pasti kita akan kembali kepadaNya..

“ Tuhan dosaku menggunung tinggi.. tapi taubatku tidak ku tepati. Tuhan rahmatMu melangit luas..terlalu sedikit ku bersyukur..”

Ya Allah..Andai masa bisa kuputar kembali,..namun diri ini sendiri tidak pasti apakah diriku kini adalah diri ini jika bukan kerana masa lalu? Kerana itu, diri ini masih bersyukur.. bersyukurlah dengan ketentuan-Nya..Sepertimana kita lihat pada hari..sejauhmana umat Islam menjaga taubat mereka..atau tidak perlu melihat orang lain..cuba kita renung ke dalam diri kita sejauh mana taubat kita jaga?.. adakah ia hanya perjanjian hati..atau hanya kata-kata penyesalan sementara?..Hari ini mungkin kita bertaubat..esok lusa tidak siapa tahu.. Namun sama-samalah beristiqamah..memohon keampunan dariNya..

Cerita Awan bersama orang yang bertaubat ini amat menarik perhatian saya..tidak salah untuk saya berkongsi cerita ini bersama sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Ia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

* Allah mendengar setiap taubat hambaNya..tidak kira cepat atau lambat keampunan itu diterima, bersegeralah kita bertaubat*


Comments

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...