Semua orang berhak diberi peluang. Sama seperti mereka, nakal apapun, mereka tetap perlu diberi peluang kerna tugas kita bukan menghukum bahkan tugas kita sebenarnya menunjukkan jalan, menasihati dan sentiasa menggalakkan mereka ke jalan yang benar. Biar nakal bagaimanapun, jangan terus melatah , mereka pasti berubah. Menjadi pendidik tak perlu pilih bulu. Nak didik pelajar2 yang baik2 saja? yang pandai2 saja? Semua adalah anak didik. Bagaimana kita didik mereka masa ini, begitulah anak kita di didik pada masa akan datang. Baru 2 3 kali anak2 ini, ikut program bersama jemaah, jangan lah harapkan mereka berubah 100 %. Pasti nya mereka akan terbawa2 sikap lama, bagi mereka ruang dan peluang. Saya percaya suatu hari nanti mereka akan jadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat- iaitu menjadi insan yang mentaati perintah Allah di dunia ini. itulah sebenar2nya kejayaan. Suatu ketika dulu, pernah perasaan marah menusuk dalam hati, marah dalam hati yg amat dengan karenah m...