Skip to main content

Posts

Pos Laju ~ Fast Delivery !

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt. Cepat sungguh Cuka kurma & Cuka epal saya sampai. Lebih cepat dr mana- mana barang belian online yg lain. Rezeki utk minum Cuka Epal & Cuka Kurma ni lebih awal setelah hampir sebulan lebih kehabisan stok. Cuka Kurma & Cuka Epal bila kita amal setiap hari InsyaaAllah baik utk kesihatan badan. Contohnya membuang toksik toksik dalam badan kita. Dalam badan kita pelbagai toksik drpd makanan segera tuh , jadi penting utk kita singkirkan lah toksik2 tu dr bdn kita.  Kita cuba amalkan minum cuka epal & cuka kurma ni sebelum tidur.. Jaga kesihatan itu penting, agar kita boleh beramal ibadat dengan sempurna. 💕

MUZAKAROH IMAN YAKIN

MUDZAKAROH IMAN YAKIN Perkara yang paling penting adalah iman Jika iman lurus maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan lurus Jika iman dan amal manusia lurus, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta berkhidmat, melayani, dan menjadi barokah untuk manusia Sebaliknya jika iman rusak, maka amal (yang meliputi ‘ubudiyah, mu’amalah, mu’asyaroh dan akhlak) akan rusak Jika iman dan amal manusia rusak, maka Alloh SWT akan jadikan alam semesta tidak berkhidmat, tidak melayani dan tidak barokah bahkan menjadi bencana bagi manusia Jadi baik dan buruknya alam semesta dipengaruhi oleh baik dan buruknya iman dan amal manusia Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga hatinya lurus Tidak akan lurus hati seseorang sehingga lisannya lurus Lisan akan lurus jika senantiasa bicara kebesaran Alloh SWT Iman yang lurus adalah yakin bahwa yang berkuasa hanya Alloh SWT, yang mengatur hanya Alloh SWT, yang memberi manfaat dan madlorot hanya Alloh SWT. Yakin kepada LAA ILAAHA IL...

Anugerah Ramadhan

02 Ramadhan Di antara anugerah anugerah yang besar yang Allah janjikan kepada hamba Nya yang beriman adalah dengan mengerjakan amalan namanya Ibadah Puasa. Puasa itu terbahagi dua iaitu puasa Fardhu iaitu dalam Bulan Ramadhan dan Puasa-puasa sunat. maka kalau kedua nya dikerjakan tentu itulah yang sempurna.  Dalam puasa ini Anugerah dalam Ibadah Puasa yang tidak ada dalam Ibadah lain. Mafhum hadis , Puasa ini tidak ada yang menyamai nya . Walaupun sudah memperbaiki diri , sudah sedekah namun tdk dpat mentarbiyah dirinya . Maka Puasa ini lah yang akan mentarbiyah diri nya.  Ketika Allah Ta'ala menciptakan Nafsu, dan berfirman kepadanya: "Wahai Nafsu, menghadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab dan sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah Ta'ala berfirman lagi: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu, Allah Ta'ala menyiksanya di dalam neraka jahim selama 100 tahun, dan kem...

Ramadhan : Duduk dirumah

Bismillahirahmanirahim.... Apa khabar sahabat blogger? Bagaimana dengan Ramadhan tahun ini? MasyaAllah Ramadhan kali ini istimewa & amat istimewa. 😇💕 Siapa setuju? Inilah Ramadhan yang kita benar2 berada dalam rumah. Allah bagi peluang dan banyak ruang kepada kita utk beribadat kpd Allah swt. Duduk dalam rumah beri kita banyak peluang bersama keluarga. Keluarga yang kita mahu sama-sama dalam syurga Allah swt. Jangan sia siakan peluang Ramadhan ini untuk raih rahmat dr Allah swt. Hidupkan lah sunnah2 Nabi saw. Ramadhan ini mungkin Ramadhan yg terakhir buat kita . Hargai sebaik mungkin. Ingat, Allah sentiasa menerima taubat hamba2 Nya . Allah Maha Penyayang Allah Maha Pengasih .

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Sentiasa Positif

“Masa itu Kehidupan”  Setiap daripada kita mempunyai komitmen masing-masing dalam kerjaya, sebagai seorang peniaga. kakitangan awam ataupun sebagai suri rumah tangga. Hari- hari yang sibuk, menguruskan rutin harian, bekerja utk asbab rezeki, dari pagi ke petang sibuk & disibukkan dengan perkara2 dunia. Lalu bila masanya utk kita beribadah? Bagaimana nak jadikan pekerjaan kita ada nilai Ibadah?  Pertama sekali, betulkan niat kita, untuk apa saya buat perkara ini?  Maka perlu lah kita niatkan kerana Allah Taala. Saya bekerja kerna Allah Taala, utk agama Allah Taala. Niatkan untuk infak kan harta untuk agama Allah, niatkan untuk bantu agama Allah, niatkan untuk bantu orang-orang keluar berjihad untuk agama Allah SWT. Harta yang  digunakan pada jalan Allah, tidak akan dihisab pada hari Qiamat. Dengan membetulkan niat kita, maka cara kita bekerja akan jadi betul. Sebelum pergi bekerja kita tunaikan perintah Allah. Hari kita bermula dengan Tahajjud kemudia...

Bagaimana Kita Menjadi Muslim

*BAGAIMANA KITA MENJADI MUSLIM?* Islam sampai kepada kita melalui jalan dakwah, sehingga akhirnya kita dapat menikmati hidup beragama pada hari ini. Kita terpandu terarah serta jauh dari sikap kehaiwanan yang tiada pedoman. Kita perlu menghargai orang yang mengajarkan agama ini kepada kita, terutama pengorbanan Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam dan para sahabat baginda. Mereka bersungguh-sungguh menyampaikan risalah hidayah ini kepada manusia, bukan hanya dengan mengorbankan harta bahkan juga keluarga dan nyawa sendiri menjadi tebusannya. Ketika perang pertama umat Islam berlaku di Badar, Nabi shallallahu 'alahi wasallam juga gusar sekiranya mereka kalah bertempur, munajat baginda pajatkan kepada Allah: "اللهم أنجز لي ما وعدتني، اللهم آت ما وعدتني، اللهم إن تهلك هذه العصابة من أهل الإسلام لا تعبد في الأرض" "Ya Allah lunaskanlah apa yang telah Engkau janjikan kepada ku, Ya Allah datangkanlah apa yang telah Engkau janjikan kepada ku, Ya Allah ji...