Skip to main content

Posts

Showing posts with the label BaitulMuslim

6 pesanan untuk wanita

1.Solat di awal waktu dan galakkan kaum muhram solat di tempat di mana azan dilaungkan: kita hendaklah solat di awal waktu . Sebagai kaum wanita sebaik-baik tempat adalah di rumah dan di rumah pula seelok-eloknya di bilik. Walaupun kerja rumah kita itu banyak tetapi hendaklah kita cuba sedaya upaya kita untuk solat di awal waktu. Jadi hendaklah kita aturkan tugas kita di rumah mengikut waktu solat supaya kita dapat bereskan kerja kita sebelum masuk waktu solat. Di mana jika dapat solat di awal waktu ganjarannya begitu besar sekali.  ~ Dikatakan jika berwudhu dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah S.W.T. akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti cahaya matahari. ~ ~ Jika kita berwudhu ketika azan sedang dilaungkan maka kita akan dibangkitkan dengan muka bercahaya seperti bulan purnama dan jika kita berwudhu selepas azan dilaungkan maka kita akan dibangkitkan dengan muka bercahaya seperti bintang.~  Solat juga akan menyerikan mu...

~ pewaris usaha atas iman ~

~ ..alunan zikir dan kalimah Allahuakbar membasahi bibir menanti kehadiran bakal daie.. ~ ~ setiap saat berdoa, berdoa dan terus berdoa agar daie ini selamat dilahirkan ke bumi Allah~ ~ disaat wayar2 oxygen menerobos ruang pernafasannya si ummu berusaha berusaha dan terus berusaha untuk melahirkan pejuang Islam itu ~ ~ dengan izinMu ya Allah.. izinkanlah daie lahir kedunia ya Allah.. dalam keadaan apa pun.. andai nyawa ini bisa mengantikan dirinya hamba redha.. izinkan hambamu ini memberi umat Nabi SAW ke alam ini.. doa si ummu dalam hati kecilnya..~ ~ tawakal, tawakal dan terus tawakal sehingga mata ummu tertutup dan terus tertutup~ ~menyerahkan segala2nya kepada Yang Maha Kuasa~ ~ alhamdulillah.. lahir seorang hamba Allah.. yang InshaALLAH akan di didik dengan cara Islam.. Sunnah.. menjadi pewaris usaha nabi dan menjadi seperti para sahabat2 nabi.. seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khatab, Saad Al Waqas.. Saidina Ali.. dan lain2 para sahabat.. Semoga m...

1 sebelum 4 Perkara

"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Perkahwinan itu Ibadah

Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah. Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah...

**Bimbingan Rasulullah dalam rumahtangga**

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam selaku uswatun hasanah (suri tauladan yang baik) yang patut dicontoh telah membimbing umatnya dalam hidup berumah tangga agar tercapai sebuah kehidupan rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Bimbingan tersebut baik secara lisan melalui sabda beliau shalallahu 'alaihi wasallam maupun secara amaliah, yakni dengan perbuatan/contoh yang beliau shalallahu 'alaihi wasallam lakukan. Diantaranya adalah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam senantiasa menghasung seorang suami dan isteri untuk saling ta'awun (tolong menolong, bahu membahu, bantu membantu) dan bekerja sama dalam bentuk saling menasehati dan saling mengingatkan dalam kebaikan dan ketakwaan, sebagaimana sabda beliau shalallahu 'alaihi wasallam: اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ ...

Jawapan kepada persoalan: Hukum Persandingan..

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan salam perjuangan..alhamdulillah, dikurniakan sedikit kelapangan untuk berkongsi ilmu bersama sahabat-sahabat sekalian..ketika meraih ilmu untuk persediaan duniawi dan ukhrawi, akhirnya kutemui jawapan kepada persoalan lalu.. Hukum-hukum Islam berkaitan persandingan.. 1.Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: “ Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan” dan Surah Yunus: 107 : “ Dan jika Allah menimpakan kemudaratan kepada kamu maka tiada yang menghilangkannya kecuali dia (Allah) dan jika dia hendak mendatangkan kebajikan kepadamu, maka tiada yang dapat menolak kurniaNya itu. Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” 2. Membaca Jampi mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu memba...