Skip to main content

Ramadhan,

Membuka sebuah lipatan kejahilan..

Membiar hidayah ilahi

menerobous ruang-ruang

lalu membasuh debu-debu noda..

Sekeping hati yang dulu masih pekat dan lesu,

Kini benar-benar tenang..

Alunan syahdu bacaan quran,

Menyentuh hatinya dalam,

Menyengat ke saraf iman

yang selama ini mati kerana keduniaan..

Jilbab menjadikan dirinya benar-benar berharga..

Tiada lagi jeritan kealpaan,

Kian jauh dari haruman keduniaan..

yang tinggal hanya kedudukan wanita pada selayaknya…

ya..kerana cahaya Ramadhan..

hati itu bersyukur.. bersyahadah..

memuji keagungan yang Maha Pencipta..

Ramadhan bersamanya lagi,

setelah 12 purnama detik itu berlalu..

namun apakah telah cukup amalnya

untuk menjernihkan kembali

hatinya yang sekian lama kabut?


Ya Allah..Terimalah amalan-amalan kami..

setelah kami mendapat hidyah daripadaMu..

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemurah,

Engkau amat suka mengampuni, maka ampunilah kami..


Comments

  1. Met menunaikan Ibadah bulan puasa, mas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Hai Just leave your message

Popular posts from this blog

Quran Eksklusif Wanita

Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada Allah. #UstazEbitLew . . Jom dapatkan Al-Quran Tagging Nafeesa dan Safeeya daripada ejen eNuur. . . Cara Tempahan : IG: ummisaadumair Atau . 2. Comment "SAYA NAK NAFEESA/SAFEEYA" di ruangan comment nanti saya DM 😊 . #SahabateNuur #BringMoreHappiness #TEAMSahabateNuur #eNuur #AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlQuranEksklusifWanita #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranRaihan #AlQuranRabbani #AlQuranTajwidBerwarna #AlQuranTaggingByeNuur #AlQuranTagging #AlQuranTag #tagsafeeya #tag383 #tagenuur

Palestine|| 19 Disember 2023

INFO | Ketiadaan Bekalan Survival Asas Bagi Bayi Baru Lahir Menjadi Ancaman Maut! Ini adalah tempat di mana Rafah terletak, yang terletak di Semenanjung Gaza, di mana terdapat ruang untuk digunakan dalam sedan kecil, tetapi ada juga sesetengah orang yang mahu ia sepenuhnya percuma. Barangan penting seperti lampin dan susu dilaporkan mula dijual dengan harga yang amat mahal - atau mustahil untuk ditemui. Walau apa pun, sudah terlambat untuk berada di udara. Tidak perlu simpan duit di pasaran keseluruhan, mesti ramai yang jadi pelita, baru beberapa hari lepas tapi tak berkesan. Sumber: Al Jazeera t.me/PalestinKini2

~ Seekor Semut Hitam ~

~ Ikhlas diumpamakan seekor semut hitam, yang kecil, berada di atas batu, pada malam yang gelap.. ~