Skip to main content

Posts

Kasihmu Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia Dan mengharapkan sebuah bahtera indah Untuk bersama belayar ke muara Pernikahan, menginsafkan kita Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan Susah mendatang tempuhi dengan tabah Isteri janji telah dipateri Diijab kabulkan dan dirahmati Detik pertemuan dan pernikahan Yang dihujani air mata kasih Demi syurga Ilahi C/o Suami jangan menagih setia Umpama Hajar dan setianya Zulaikha Terimalah seadanya yang terindah Di lubuk hatimu Isteri adalah amanah buatmu Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri Isteri hamparan dunia Suami langit penaungnya Isteri ladang tanaman Suamilah pemagarnya Isteri bagai kejora Suami menjadi purnama Tika isteri beri hempedu Suami tabah menelannya Tika suami terteguk racun Isteri carilah penawarnya Sungguh isteri rusuk yang rapuh Berhati-hatilah meluruskannya Senilagu: Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.) Senikata : Abai Os (H...

Kerana Satu Bayan

Tersebut al kisah seorang adik dari Borneo datang menziarahi saudara lelakinya yang bekerja di Kuala Lumpur. Sepanjang sebulan berada dirumah saudaranya itu jejak juga kaki dia ke KLCC, Masjid Jamek, Cameron Highlands, Sunway Lagoon dan IPTA area KL.. Memandangkan saudaranya sibuk bekerja, tempat-tempat itu sahaja sempat untuk dijejaki.. Kasihan pula saudara lelakinya akan adiknya itu.. Ketika saudaranya bekerja, tafsir quran, fadhilat amal, buku2 ilmiah & utube lah menjadi peneman dirinya dirumah.. Seminggu sebelum kembali ke Borneo, mengambil cutilah saudaranya agar dapat membawa adiknya itu berjalan2 'makan angin' ke beberapa tempat lagi.. pada sebelah malamnya pula berjemaah lah mereka di masjid2 berhampiran (agenda tersirat). Lalu pada saat terakhirnya di KL, saya tanyakan apa yang berat sekali untuk ditinggalkan kat KL ni?? Jawapannya Masjid Al Amin, Seksyen 17..Shah Alam.. Ada apa kat masjid tu? saya bertanya lanjut.. Kat situ ada bayan Isya'.. sebelum ini abg ...

Cara menukar blog template

Dengan izin Allah, saya ingin berkongsi sesuatu. Moga ia bermanfaat bagi yang memerlukannya. Bagaimana caranya mengubahsuai penampilan blog agar kelihatan menarik? Disini ada beberapa cara-caranya.. 1. Layari laman web yang menyediakan pelbagai template untuk blogger. Antara site yang boleh anda lawati adalah http://btemplates.com/ 2. Pilih template kesukaan anda. Anda boleh memilih mengikut bilangan 'column' , style atau warna yang anda minati. 3. Download template kesukaan anda dan save pada hardisk anda. 4. Template yang telah di download hendaklah di 'extract' (win rar, win zip...). Hasilnya anda akan dapat dua fail. satu fail Xml template dan satu lagi Read me ( Note pad). 5. Setelah itu login ke blogger dashboard.. pergi ke Layout.. Edit HTML.. bagi tujuan keselamatan, download template asal terlebih dahulu. Klik pada 'download full template'. 6. Kemudian, 'browse' template baru anda dan tekan 'upload'. 7. H...

..wanita bertudung hitam..

aku terus memandang wanita bertudung hitam dihadapanku.. ahh ada lapisan kain menutupi mukanya.. tapi dari matanya aku tahu kakak itu cantik. tetapi siapa dia? kenapa kebelakangan ini dia selalu ada disurau ini..disini kan cuma kanak-kanak yang mengaji.. ahh mungkin dia ustazah.. bermacam- macam persoalan dan telahan datang silih berganti.. Khumaira..Khumaira.. ku dengar namaku disebut.. 'ayuh! Giliranmu..anak kecil ini mimpi terus..' ku jadi gelabah kerna belum sempat melancarkan bacaanku..pasti rotan milik pak ustaz singgah lagi ke lenganku.. 'basaa~na.. banaa~ na .. zap.. aduh.. suda dijangkakan.. 'masak bayaa~ na jadi banana.. mimpi lagi..' ustaz mula membebel.. 'kamu ini bagaimana? teman-temanmu uda masuk Iqra 5, kamu masih Iqra 2.. sehari baca satu muka.. ustaz uda mau kembali ke Makassar ni..' sayu suaranya.. aku jadi sedih teramat.... kenapa lah aku sangat lembap sangat baca Iqra ni.. ' Pak Ustaz.. maafkan saya..saya betul betul mahu pandai menga...

Mimpi itu & Ketentuan Mu

Jumaat, 1 Muharram 1431H telah kembali ke rahmahtullah, ke alam yang juga sementara..seorang insan yang amat kurindui (satu-satunya atuk yang kutemui dalam hayatku). Hanya Al-Fatihah, Yasin berserta doa ku kirimkan bersama rinduku.. Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah.. Al- Fatihah

Salam Maal Hijrah 1431

Semoga detik ini bermula satu tekad baru. Rentasi duri-duri kehidupan dengan Iman dan Taqwa. Salam Maal Hijrah 1431 dari kami 'Inspirasi Iman Kurniaan Ilahi '.

Birrul walidain (berbakti kepada orang tua)

Alhamdulillah, seronok dan terkesan sekali mendengar ceramah halal bi halal dari Ustaz Das'ad. Dalam ceramah yang singkat pelbagai topik beliau sampaikan. Antaranya ialah berbuat baik kepada orang tua (ibu bapa). Ingin saya kongsikan disini ceramah beliau namun keterbatasan ilmu dan juga ruang waktu membawa saya berkongsi melalui penulisan Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas. Di Antara Fadhilah (Keutamaan) Berbakti Kepada Kedua Orang Tua. Pertama Dari Abdullah bin Mas’ud katanya, “Aku bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang amal-amal yang paling utama dan dicintai Allah ? Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, Pertama shalat pada waktunya (dalam riwayat lain disebutkan shalat di awal waktunya). Kedua, berbakti kepada kedua orang tua, dan ketiga jihad di jalan Allah” [Hadits Riwayat Bukhari I/134, Muslim No.85, Fathul Baari 2/9] Dengan demikian jika ingin kebajikan harus didahulukan amal-amal yang paling utama di antaranya adalah birrul walidain (berbak...