Posts

Showing posts from August, 2019

Sentiasa Positif

Image
“Masa itu Kehidupan”  Setiap daripada kita mempunyai komitmen masing-masing dalam kerjaya, sebagai seorang peniaga. kakitangan awam ataupun sebagai suri rumah tangga. Hari- hari yang sibuk, menguruskan rutin harian, bekerja utk asbab rezeki, dari pagi ke petang sibuk & disibukkan dengan perkara2 dunia. Lalu bila masanya utk kita beribadah? Bagaimana nak jadikan pekerjaan kita ada nilai Ibadah?  Pertama sekali, betulkan niat kita, untuk apa saya buat perkara ini?  Maka perlu lah kita niatkan kerana Allah Taala. Saya bekerja kerna Allah Taala, utk agama Allah Taala. Niatkan untuk infak kan harta untuk agama Allah, niatkan untuk bantu agama Allah, niatkan untuk bantu orang-orang keluar berjihad untuk agama Allah SWT. Harta yang  digunakan pada jalan Allah, tidak akan dihisab pada hari Qiamat. Dengan membetulkan niat kita, maka cara kita bekerja akan jadi betul. Sebelum pergi bekerja kita tunaikan perintah Allah. Hari kita bermula dengan Tahajjud kemudian Solat Subuh (berj